Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik.

Ini adalah bagi memberi perlindungan yang berterusan kepada golongan berisiko tinggi.

Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya.

Namun masih terdapat di kalangan kita yang memakai pelitup muka dengan cara yang salah.

Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan.

Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul. Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.