Melihat pada gambar sahaja sudah membuat hati tertarik ingin berkunjung dan menginap di sini. Difahamkan bahawa Rumah Rakit Pak Seman ini mempunyai 6 unit rumah rakit yang berlokasi di Kampung Sepakat Kuala Rompin, Pahang. Rakit pak seman merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk aktiviti memancing dan berehat bersama keluarga atau rakan-rakan. Rakit pak seman ini terletak berhampiran dengan bandar kuala rompin,pahang. Di rakit pak seman, kami menyediakan empat (4) buah rumah berkongsep chalet dan enam (6) buah rumah rakit yang sangat selesa. Tempat kami adalah privasi kerana kami amat mementingkan keselesaan dan juga privasi pengunjung kami. Rakit pak seman juga sesuai bagi mereka yang ingin membuat gathering bersama ahli keluarga atau kawan-kawan kerana kami menyediakan banyak kemudahan. Antaranya, dewan makan, tempat bbq, meja makan, kawasan memancing dan parking yang luas.

Pakej penginapan bermula daripada RM200 ke atas setiap unit rumah rakit. Saiz bilik berkeluasan 168 kaki persegi. Manakala luas anjung ada lah 160 kaki persegi. Ruang untuk memasak juga turut disediakan yang mempunyai keluasan 112 kaki persegi. 

Setiap unit bilik dilengkapi 1 katil yang bersaiz queen. Kemudahan asas lain seperti kipas, peti televisyen, dapur berserta alatan memasak ada disediakan untuk menyenangkan setiap pemancing yang datang ke sini. Bagi pengunjung yang ingin ke tandas boleh gunakan tandas awam yang disediakan luar daripada unit bilik. Di rumah rakit ini kemudahan penyaman udara tidak ada dibekalkan. 

Buat masa ini kemudahan internet beluma ada disediakan. Namun begitu, pemilik berkata kemudahan internet akan dipasang tidak lama lagi. Untuk makluman pemancing dan pengunjung di sini tiada alat pemanas air mandian disediakan. Dan kepada pengunjung yang ingin menggunakan seterika hendaklah memaklumkan kepada pengurusan rumah rakit kerana ianya tidak disediakan kecuali atas permintaan pengunjung. 

Selain aktiviti memancing, pengunjung yang menginap boleh mengadakan program sendiri seperti menyambut hari jadi, seminar atau ceramah, kursus motivasi dan sebagainya bersesuaian dengan keadaan dan masa. Bagi pemancing yang membawa anak atau yang kurang upaya hendaklah mendapat pengawasan rapi dari orang dewasa oleh kerana keadaan tempat yang kurang sesuai untuk kanak-kanak mahu pun OKU. 

Kebiasaannya, mereka yang memang mint memancing berjaya menaikkan pelbagai jenis ikan, udang dan lain-lain mengikut rezeki masing-masing. Biasanya ikan yang selalu dinaikkan adalah seperti ikan baung, ikan duri, ikan gelama, ikan kerapu dan si sepit biru (udang galah). 
.
Bagi pengunjung yang semata-mata datang untuk bercuti bolehlah menempah chalet 1 tingkat atau 2 tingkat yang masing-masing mempunyai 2 unit bilik untuk diinapi. Untuk sebarang tempahan rumah rakit atau chalet, boleh terus hubungi Encik Shaiful +6014-8044348 / +6019-9647985 Puan Nora untuk info lanjut. 

Antara kemudahan dan servis tambahan (sewaan harian)

1. Kemudahan BBQ (penyepit x 2, arang 3 kg, tempat pembakar x 1) – harga bermula daripada RM 40 dan ke atas

2. Dewan makan terbuka termasuk kemudahan BBQ, pinggan dan cawan pakai buang, buffet tray – harga bermula daripada RM 350 dan ke atas

3. Wifi percuma – Akan datang

4. Peralatan memancing – Akan datang, namun umpan (umpun-umpun ada dijual disini) 

5. Restoran – Kemudahan katerer disediakan mengikut permintaan bergantung pada harga pihak penyedia

6. Kolam renang – Tiada

7. Mesin basuh – Tiada

8. Peti sejuk – 1 freezer (peti sejuk beku) disediakan secara berkongsi

9. Item tambahan -Add-on- (terhad kepada 1 kuantiti sahaja bagi setiap item per unit chalet/rakit):

a. Tilam single = rm 10.00/unit
b. Bantal = RM 5.00/unit
c. Toto = RM 10.00/unit
d. Selimut = RM 5.00/unit
e. Tuala mandi = RM 5.00/unit

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi (call/sms/whatapps):
014- 8044 348 (En.Shaiful)
019- 9647 985 (Pn.Nora)

Atau sila click link whatapps di bawah untuk respon yang lebih cepat 

http://rakitpakseman.wasap.my

Sumber FB : Rumah Rakit Pak Seman Kuala Rompin

Lokasi: Kampung Sepakat Barat, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur

Lat Log: 2.778126, 103.489080

Tel: 014-804 4348

Faks: -

E-mel: 

Sumber: https://www.glotels.com/MY/Kuala-Rompin/848013118657185/RAKIT-PAK-SEMAN

                http://www.latinamediacom.com/2018/04/keunikan-rumah-rakit-pak-seman-kuala.html

                https://www.facebook.com/rakitpakseman/?_rdc=2&_rdr