PRODUK TEMPATAN |
MAKLUMAT PRODUK TEMPATAN |
PERUSAHAAN MADU KELULUT |
Nama Produk: Perusahaan Madu Kelulut Harga: Nama Syarikat/Pengusaha: Saniah bt abd Hamid
No Telefon/Media Sosial yang boleh dihubungi : 011-16509080 |
PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR
|
Nama Produk: Perusahaan Memproses dan Membekal Keropok Lekor
Nama Syarikat/Pengusaha: Bengkel Anak Angkat (Pemprosesan) Cawangan Pengembangan Laut Jabatan Perikanan Malaysia/ Pn. Roslina binti Ibrahim
No Telefon/Media Sosial yang boleh dihubungi : Sumber: https://www.facebook.com/pahangfm/posts/10153203516149526
|
PERUSAHAAN TELUR ITIK
|
Perusahaan telur itik juga merupakan salah satu produk makanan yang dikeluarkan oleh seorang pengusaha di Kg Hijrah, Kg Simpang Sepayang. Telur itik yang diusahakan ini dijual secara dua pilihan samada secara telur itik biasa dan telur itik masin. Kebiasaannya, pembeli akan membuat tempahan terlebih dahulu jika ingin telur itik dalam kuantiti yang banyak. Pada musim-musim cuti, tempahan telur itik masin semakin tinggi kerana untuk majlis perkahwinan.
|
PERUSAHAAN KUIH TRADISIONAL/TEMPATAN
|
Kuih tradisional/tempatan merupakan salah satu perusahaan yang semakin banyak diusahakan oleh pengusaha-pengusaha tempatan. Tidak ketinggalan dengan pengusaha daripada penduduk sekitar Kg Simpang Sepayang. Pembuatan kuih-kuih tradisional seperti kuih bahulu, kuih bangkit, kuih lidah sapi/buaya, kuih maruku, kuih karipap mini, kuih siput, dan pelbagai lagi merupakan antara kuih-kuih yang dihasilkan oleh penduduk sekitar Pusat Internet Simpang Sepayang. Kebiasaannya, menjelang musim-musim perayaan maka para pengusaha mendapat tempahan berlipat kali ganda daripada biasa kerana permintaan yang tinggi dari pembeli. Kuih-kuih tradisional ini biasanya dipasarkan kepada penduduk sekitar di samping dihantar ke kedai-kedai runcit berdekatan dan juga orang perseorangan yang membuat tempahan.
|
PERUSAHAAN KEREPEK
|
Perusahaan kerepek menjadi salah satu perusahaan yang amat banyak dibuat pada masa kini. Biasanya kerepek menjadi kudapan untuk kebanyakan masyarakat. Malahan di musim-musim perayaan tempahan untuk kerepek sangat tinggi. Selain untuk tempahan dan dihantar ke kedai/pasar, ada juga tempahan dari penduduk luar kampung simpang sepayang. Terdapat pelbagai jenis kerepek seperti kerepek ubi biasa atau pedas, kerepek pisang, kerepek keledek, dan pelbagai jenis kerepek.
|
PERUSAHAAN MAKANAN SEJUK BEKU/ FROZEN FOOD |
Frozen food/sejuk beku menjadi salah satu produk tempatan yang sangat banyak dibuat pada masa kini. Pelbagai jenis makanan sejuk beku antaranya karipap, donut, pau, samosa, cucur badak, bergedil, piza, popia dan pelbagai jenis lagi. Di kampung simpang sepayang ini, terdapat beberapa orang pengusaha makanan sejuk beku. kebiasaannya makanan sejuk beku ini dipasarkan kepada penduduk sekitar sahaja. Makanan sejuk beku mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna dan menjadi sumber pendapatan yang tinggi kepada pengusaha makanan sejuk beku.
|