Kebanyakan simptom selesema, Influenza-Like-Illness (ILI) dan COVID-19 adalah sama.
ILI - demam secara tiba-tiba dan suhu tinggi melebihi 38 darjah celsius.
Selesema - jarang menyebabkan demam namun jika demam, suhu tidak tinggi.
COVID-19 - boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.
Warga emas, individu yang mempunyai komorbid, ibu mengandung dan kanak-kanak merupakan golongan berisiko jika dijangkiti COVID-19 namun ibu mengandung dan kanak-kanak mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk sekiranya dijangkiti Influenza.
Cara penularan ketiga-tiga penyakit ini adalah sama iaitu melalui titisan pernafasan semasa batuk atau bersin dan sentuhan tangan dengan barang yang dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.
Amalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, cuci tangan dan jaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit-penyakit ini.