Sub-varian XBB merupakan sub-varian Omicron yang telah berkembang daripada sub-varian BA.2 Omicron sedia ada.
Peningkatan bilangan kes baharu serta indikator-indikator utama yang lain adalah dijangkakan susulan pengesanan sub-varian Omicron XBB di Malaysia.
Namun, belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehannya untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk.
Individu yang telah menerima vaksin boleh dijangkiti sub-varian ini, namun vaksinasi masih memberikan perlindungan yang baik terhadap penyakit COVID-19 yang serius.
Maka, adalah penting untuk mendapatkan dos penggalak bagi yang layak terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi.