Nama | : CIK SHARIFAH NURUL NAJIHAH BT SYED ALWI |
Umur | : 25 Tahun |
Ahli | : 25 Oktober 2019 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2020 kali ini kami memilih Cik Sharifah Nurul Najihah Binti Syed Alwi. Lahir pada 18 September 1995 di Janglau Rompin dan kini berumur 25 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan tinggal bersama keluarga di No 367 Kampung Janglau 3, 26800 Kuala Rompin Pahang. Berusia 25 tahun dan kini masih berstatus bujang..Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam di USIM Negeri Sembilan.Beliau telah tamat pengajian pada tahun 2018. Selepas setahun tamat pengajian beliau menerima tawaran pekerjaan sebagai guru kafa di Sekolah Rendah Pontian Jaya, Rompin sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Tahap pengetahuan ICT Cik Najiha sebelum penglibatan dengan kelas ICT ketika itu adalah pengetahuan asas. Sebelum ini beliau menggunakaninternet dan komputerhanyalah untuk tujuan pembelajaran Selain itu beliau menggunakan internet untuk berhubung dengan kenalan melalui Facebook dan Instagram. Namun ekoran daripada peredaran zaman, ramai kenalan terutamanya media sosial menjadikan media sosial sebagai medium utama untuk dunia perniagaan dalam menjalani urusan jual beli. Daripada situ lah beliau mula menanam minat untuk berniaga memandangkan pada ketika itu status pekerjaan beliau adalah kontrak. Sebelum penglibatan beliau dengan pusat internet, beliau mencari pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan secara offline dan online dimana tertumpu pada media sosial iaitu Platform facebook dan
instagram.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah 1 tahun berkecimpung di dalam dunia perniagaan offline dan online facebook beliau mula memberanikan diri melangkah lebih jauh dengan menyusun strategi promosi perniagaan beliau dengan mula menjual pelbagai jenis produk ke Platform yang lebih meluas iaitu Shopee. Bengkel pertama beliau sertai ialah Perniagaan Atas Talian Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet Simpang Sepayang, Rompin iaitu pada Ogos 2020. Di dalam bengkel tersebut beliau mula mempelajari bagaimana untuk mendaftarkan diri ke platform Shopee, seterusnya mempelajari cara muat naik produk, menyusun ayat Pancingan untuk menarik minat pelanggan, dan beberapa tip untuk mempromosikan produk jualan. Oleh itu selepas penglibatan dengan bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet, promosi jualan beliau tidak hanya tertumpu kepada media sosial semata-mata sebaliknya beliau mempunyai beberapa platform jualaan atas talian yang lain seperti shopee dan dashboard komuniti.