BELAJAR KELAS ICT
Nama | : NUR AISYAH BINTI ABDULLAH |
Umur | : 11 TAHUN |
Ahli | : APRIL 2020 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q4 2021 kali ini kami memilih Adik Qaseh Nur Aisha binti mohd Sani. Anak sulung daripada dua adik beradik ini merupakan pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Leban Chondon Rompin Pahang. Bapa beliau bekerja sebagai pemandu traktor manakala ibu beliau seorang peniaga kedai makan. Adik qaseh merupakan seorang kakak yang prihatin pada adiknya dan juga merupakan harapan keluarga memandangkan beliau merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut. Mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang pendidik bila besar kelak. Hobi beliau menonton chanell youtuber sekaligus menaruh minat dan impian untuk menjadi youtuber yang terkenal dan mempunyai chanel youtube sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan dengan program anjuran pusat internet, Adik Qaseh tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika dirumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori sebagai sifar. Keingginan beliau untuk mempelajari ilmu ICT ada tapi ketika itu beliau mempunyai masalah tidak yakin dengan diri sendiri dan agak pemalu untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan pergaulan dan penglibatan beliau dengan aktiviti luar agak terbatas walaupun sudah beberapa kali ibu beliau cuba untuk mendaftarkan beliau di program-program anjuran PEDi Simpang Sepayang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semenjak memiliki telefon sendiri, beliau kerap menonton channel youtube dan secara tidak langsung menaruh minat ke arah youtuber. Ditambah pula pihak sekolah telah memberikan kemudahan laptop kepada beliau menjadikan beliau memberitahu kepada ibu beliau untuk mempelajari ilmu ICT untuk kemudahan pembelajaran dan menyokong minat beliau untuk menjadi youtuber. Oleh yang demikian ibu beliau telah mendaftarkan diri beliau di PEDi pada april 2020. Beliau mula mempelajari asas komponen komputer dan internet. Beliau mula mempelajari teknik membuat video di PEDi dan mula menyertai pertandingan video anjuran PEDi. Hasil dari pembelajaran di PEDi beliau berjaya menghasilkan video sendiri dan mengahantar penyertaan beliau di pertandingan mencipta Video anjuran PEDi dan mendapat hadiah tempat pertama pertandingan Video kemerdekaan dan tempat ke 5 pertandingan video Kreatif. Beliau juga telah mempunyai yotube chanel sendiri namun masih lagi dalam tempoh percubaan dan usaha untuk meperkenalan channel beliau. Beliau juga telah pandai menggunakan laptop untuk tujuan pembelajaran online tanpa bantuan ibu bapa. Dan beliau juga membantu adik beliau ketika pembelajaran atas talian adik beliau. Kini beliau masih lagi dalam proses pembelajaran dan ingin mempelajari ilmu ICT lebih mendalam dalam pelbagai modul yang disediakan di PEDi. Penglibatan dengan PEDi juga membantu beliau lebih yakin untuk bergaul dengan orang ramai yang mana tidak tertumpu dengan rakan sekitar kampung beliau sahaja kerana di PEDi sesi pembelajaran dijalankan dalam bentuk berkumpulan.