Nama | : PN. ASNI BINTI RIDUAN |
Umur | : 35 TAHUN |
Ahli | : 4 JUN 2017 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 pada tahun 2022 kali ini kami memilih salah seorang Ahli PEDi Kg Simpang Sepayang yang mana beliau merupakan anakjati Kg Simpang Sepayang. Asni bt Riduan atau lebih dikenali dengan panggilan Puan Asni. Puan Asni telah pun mendirikan rumah tangga dengan anak tempatan kg simpang sepayang dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki 4 orang. Merupakan suri rumah namun di masa kelapangan, belia menerima tempahan katering untuk majlis-majlis kecil. Taraf pendidikan tertinggi beliau di peringkat SPM di sekolah menengah kebangsaan Rompin. Pernah bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di kuala Lumpur namun, pulang ke kampung halaman kerana ingin menjaga ibu beliau yang sedang sakit Hobi beliau memasak menjadi pendorong kepada beliau untuk mula menceburi bidang perniagaan atas talian dengan menghasilkan produk home made. Antara produk yang dihasilkan oleh beliau adalah pelbagai jenis kuih tradisional dan produk serunding.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Asni sering berkunjung ke PEDi dan menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti perkhidmatan Pembayaran bil, Photostat dan print. ketika itu beliau ada menjual produk secara offline iaitu tertumpu kepada kenalan rapat beliau. Beliau juga menjual produk beliau kepada rakan media sosial melalui platform Facebook. Sebelum penglibatan penuh ngah PEDi beliau telah meminta pihak PEDi membantu beliau membuat pemindahan wang secara atas talian. Dari situ PEDi mula mengenal pasti yang beliau mempunyai produk sendiri yang perlu dibantu untuk diketengahkan penjualannya. Oleh itu PEDi telah melantik beliau sebagai Ahli Sukarelawan PEDi untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan beliau sekali gus menarik minat beliau mengikuti kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh pihak PEDi. Sejak dari itu beliau tidak pernah melepaskan peluang mengikuti program dan bengkel yang telah dianjurkan oleh PEDi termasuklah pertandingan usahawan online PEDi. Di dalam Pertandingan tersebut beliau
mula belajar cara-cara menjual produk di dalam Platform Shopee.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Walaupun beliau tidak mendapat tempat dalam pertandingan usahawan online yang dianjurkan oleh pihak PEDi , namun beliau telah berjaya membuat jualan melalui platform shopee. Ini kerana sepanjang kelas yang beliau telah sertai, beliau telah belajar cara-cara untuk mendaftar akaun shopee, menetapkan pelbagai tetapan yang diperlukan, tips untuk memperkenalkan produk di page hadapan, memuat naik produk serta banyak lagi. Beliau juga telah berlajar cara untuk menyuting imej produk agar kelihatan lebih menarik serta mencipta ayat-ayat menarik bagi memancing pembeli
membeli produk beliau. Secara tidak langsung bengkel-bengkel yang beliau sertai tersebut telah membantu beliau membuat jualan secara atas talian melalui Platform Shopee. Jika dahulu jualan beliau hanya tertumpu kepada skala kecil iaitu di sekitar penempatan beliau, dengan adanya platform shopee beliau telah memasarkan produk beliau di serata Malaysia termasuklah sabah dan Sarawak. Selain itu dengan penglibatan beliau di PEDi, beliau membantu beliau mendapatkan info-info tentang peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu usahawa-usahawan tempatan dari segi suntikan dana, pinjaman khas, serta bengkel untuk menjadi usahawan yang berjaya serta lebih sistematik.