Nama | : PN. ZAIDAH BINTI LOMAK |
Umur | : 40 TAHUN |
Ahli | : 17 JULAI 2022 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan pada kali ini kami memilih salah seorang Ahli PEDi Kg Simpang Sepayang. Puan Zaidah binti Lomak atau lebih dikenali dengan panggilan Pn. Zai. Pn. Zai merupakan salah seorang ahli bagi PEDi Kg Simpang Sepayang dan juga seorang usahawan dalam membuat, membaiki dan menjual perabot seperti sofa dan katil. Pn. Zai telah mengikuti kelas keusahawanan shopee yang mana pada kelas ini beliau telah di ajar cara untuk memasukkan produk jualan beliau ke platform shopee.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Zai membuka perniagaan di Kg Sepayang dan beliau membuka perniagaan dalam bidang jahitan dan sedia menerima membuat, membaiki dan menjual perabot seperti sofa dan katil. Beliau hanya menjual secara offline dan hanya sedikit platform online yang digunakan seperti whatApps group, facebook group dan lain-lain tetapi tidak menyeluruh.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Zai telah datang ke PEDi Kg Simpang Sepayang untuk mengikuti kelas dan bengkel Usahawan Shopee anjuran PEDi Kg Simpang Sepayang. Di dlaam kelas dan bengkel usaahawan tersebut beliau telah belajar cara-cara untuk mendaftar akaun shopee, menetapkan pelbagai tetapan yang diperlukan, tips untuk memperkenalkan produk di page hadapan, memuat naik produk serta banyak lagi. Beliau juga telah berlajar cara untuk menyunting imej produk agar kelihatan lebih menarik serta mencipta ayat-ayat menarik bagi memancing pembeli untuk membeli produk beliau di dalam platform Shopee beliau. Jika dahulu jualan beliau hanya tertumpu kepada skala kecil iaitu di sekitar penempatan beliau, dengan adanya platform shopee beliau boleh memasarkan produk beliau di serata Malaysia termasuklah sabah dan Sarawak. Selain itu dengan penglibatan beliau di PEDi sedikit sebanyak dapat membantu beliau mendapatkan info-info tentang peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu usahawan usahawan tempatan dari segi suntikan dana, pinjaman khas, serta bengkel untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya serta lebih sistematik di masa hadapan.