BELAJAR KELAS USAHAWAN
Nama | : SAADIAH BT AHMAD |
Umur | : 55 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q4, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang iaitu Pn. Saadiah bt Ahmad. Pn. Saadiah merupakan seorang suri rumah yang aktif dalam aktiviti sosial kampung seperti kumpulan wanita, ketua kumpulan marhaban / yasin. Pada 2016 yang lalu beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010 dan kelas usahawan E-rezeki, dashboard my shop, manakala kelas lanjutan ialah Internet dan e-mel.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pn. Saadiah ingin belajar asas komputer dan hanya tahu serba sedikit berkaitan dengan penggunaan ict hasil tunjuk ajar dari anak-anak. Kekangan masa kerana pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh beliau banyak menghalang beliau untuk datang ke pusat internet. Penglibatan secara tidak langsung apabila beliau dan sekumpulan wanita datang dan ingin belajar secara lebih praktikal di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Simpang Sepayang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir menaip petikan menggunakan perisian Microsoft office. Selain itu, beliau juga mengikuti kelas keusahawanan (e-rezeki) anjuran pusat internet dan juga kelas keusahawanan bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan/produk beliau menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI1M telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram. Beliau juga telah mempelajari cara untuk membuat sticker produk dan pelbagai asas Microsoft Office untuk memahirkan lagi ilmu yang sedia ada. Pn Saadiah kini mengeluarkan produk baru iaitu kuah rojak untuk psaran dan tempahan sekitar kampung.