Nama | : CIK NORAINI BINTI HASHIM |
Umur | : 34 Tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 Q3 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Cik Noraini Binti Hashim atau lebih dikenali sebagai emy. Beliau merupakan anak jati kuala Rompin Pahang yang kini menetap di Kampung Lebn Chondong. Beliau bekerja sebagai seorang kerani di pejabat DUN Tioman. Beliau pada awalnya menjadikan bidang Bakeri hanya sebagai minat dan untuk mengisi masa lapang. Beliau sebenarnya tidak mempunyai asas membuat kek dan kerana minat beliau mula belajar cara membuat adunan melalui internet dan kenalan di muka buku. Namun berkat usaha yang gigih dalam menghasilkan kek yang enak dikukuhkan lagi dengan minat yang mendalam, kini menjadikan beliau mahir dalam menghasilkan kek pelbagai perisa dan pelbagai jenis adunan roti. Pada awal tahun 2018 beliau hanya menerima tempahan kek dari rakan sepejabat, saudara mara dan jiran tetangga. Sedikit-demi sedikit hebahan bakeri air tangan beliau mula tersebar daripada pelanggan-pelanggan beliau yang pernah mencuba kek beliau. Di situ lah beliau mula serius dalam mengusahakan Perniagaan Bakeri.dan kini usaha beliau membuahkan hasil kerana hasil daripada jualan, beliau mampu mempunyai kedai kek bakeri sendiri yang mana menerima dan menjual pelbagai jenis kek dan roti juga menjual peralatan dan bahan membuat kek pada hujung tahun 2019 ini. Beliau sedar selain kemahiran, ilmu dan sijil juga penting dalam menjadikan sesebuah perniagaan itu Berjaya. Oleh itu beliau mengambil peluang dengan mengikuti kursus-kursus berkaitan yang ditawarkan oleh beberapa agensi di Kuala Rompin seperti Kolej Komuniti, KEMAS dan Pusat Internet. Antara kursus yang beliau ikuti ialah kursus Sijil Halal, Kursus bakeri dan hiasan, Bengkel pemasaran dan promosi, Kursus kewangan dan banyak lagi. Ini kerana Beliau masih lagi mencari peluang-peluang menimba ilmu bidang perniagaan dan bakeri bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kualiti produk beliau di masa akan datang. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Tanpa ilmu yang diperolehi dari media sosial yang dikongsi oleh kenalan-kenalan mungkin beliau tidak mampu merialisasikan impian beliau menjadi seorang pengusaha bakeri. Beliau mungkin hanya menyimpan minat dan cita-cita menjadi pengusaha bakeri yang berjaya. Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah berniaga dari rumah dan menjual produk dengan menghantar kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut dan w.sapp sahaja. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Selepas penglibatan program usahawan anjuran pusat internet dan lain lain agensi, beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan facebook dan muat naik ke dalam status whatapp. Dengan cara ini beliau dapat mewawarkan perniagaan beliau kepada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja. Selain itu binaan ayat-ayat menarik mampu memancing pelanggan untuk mencuba produk jualan beliau. Penglibatan dalam bengkel blog juga mampu menarik ramai pelanggan setrerusnya membantu mempertingkatkan jualan produk beliau. Manakala melalui bengkel advokasi iaitu etika penggunaan teknologi dan klik dengan bijak menjadikan beliau lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi terutamanya ketika membuat transaksi jual beli agar tidak menjadi mangsa jenayah siber dan sekaligus menjadikn beliau pengguna yang bertanggungjawab. |