Nama | : PN. NORIDA BINTI AZIZ |
Umur | : 36 Tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q4 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet Kg Simpang Sepayang iaitu Puan Norida binti abdul Aziz. Suri rumah dan Ibu kepada 2 orang anak ini merupakan anak kelahiran Pahang telah mula menetap di No 9 Taman Harmoni, Kampung Simpang Sepayang sejak tahun 2006 hingga kini kerana mengikut suami. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPM) dengan keputusan sederhana cemerlang.
Namun oleh kerana minat berniaga dan ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini , sejak tahun 2017 beliau mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan secara kecil kecilan dengan menjual pakaian di pasar malam dan hingga kini beliau masih lagi meneruskan perniagaan tersebut. Kini beliau telah mempelbagaikan produk jualan beliau seperti produk kesihatan dan produk kecantikan. Selain berniaga di pasar- pasar malam beliau juga ada menjual produk tersebut secara atas talian iaitu melaui facebook, whatapp dan blog sejajar dengan perkembangan negara yang semakin maju. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT beliau hanya berniaga menjual pakaian yang di ambil secara borong kepada pemborong. Konsep jualan yang diketangahkan pada masa itu adalah melalui jualan secara langsung kepada kenalan-kenalan terdekat dan membuka gerai jualan di pasar-pasar malam sekitar Rompin dan Tanjung Gemok Pahang.dan Cara promosi pada masa itu juga hanyalah dari mulut kemulut. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Namun selepas terdedah dengan kepentingan penggunaan ICT beliau mengambil keputusan untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam bagi memperkembangkan lagi perniagaan beliau. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan di pusat internet. Setelah mengikuti kursus di pusat internet beliau telah menggunakan rangkaian sosial sebagai platform untuk menjual dan mempromosi perniagaan beliau. Kini belaiu telah mempelbagaikan perniagaan beliau dengan menjual pelbagai jualan selain pakaian iaitu produk kecantikan dan produk kesihatan. Beliau juga ada mengikuti kursus dan kumpulan jualan atas talian secara online yang ditawarkan di laman sosial iaitu facebook seperti kumpulan AS Legacy, kumpulan pemborong baju murah. Ternyata selepas menjadikan laman rangkaian sosial seperti facebook, Instagram dan whatapps jualan beliau semakin meningkat dari bulan ke bulan. Secara tidak langsung meningkatkan pendapatan beliau sekeluarga. Akan datang beliau akan mengikuti kursus Shopee anjuran pusat interener yang mana untuk memperluaskan dan mempelbagaikan platform perniagaan beliau.
|