Program Hari Sukan Negara Peringkat JKKK Kg Simpang Sepayang

 

Seperti yang sedia maklum, hari sukan negara telah berlangsung pada tarikh 10/10/2015 (SABTU) untuk tahun ini. Oleh yang demikian, pihak JKKK Kg Simpang Sepayang juga tidak ketinggalan dalam membuat program ini. Pada kali ini, pihak JKKK Kg Simpang Sepayang telah memilih untuk mengadakan acara sukan rakyat/sukaneka yang berlangsung pada sebelah petang. 

Kemeriahan acara sukan ini dapat dirasai kerana telah lama acara seperti ini tidak berlangsung di bawah peringkat kampung. Dengan adanya program seperti ini, maka komuniti-komuniti kampung boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak urusetia. Selain dapat menyihatkan tubuh badan dengan melakukan aktiviti sukan, aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung dan komuniti sekitar. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat dijalankan setiap tahun.

Bagi tahun 2017, sukan negara peringkat Kampung Simpang Sepayang telah diadakan pada tarikh 15/10/2017 (AHAD) yang mana terdapat pelbagai aktiviti telah dipertandingkan sejak awal pagi sehingga petang.