INFO KPM: Program Gotong-Royong Madani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 sedang berlangsung dari Julai-September 2023 yang melibatkan lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Pelaksanaan program ini adalah berdasar kepada peruntukan RM20 juta yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2023.
Semoga program yang sedang dilaksanakan di semua sekolah KPM seluruh negara ini dapat meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah, mengeratkan kerjasama antara sekolah dan komuniti dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
KPM menggalas tanggungjawab memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti semangat bekerjasama, bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Nilai-nilai murni ini diterjemahkan menerusi program gotong-royong yang sedang berjalan.
Peranan sekolah tidak terbatas kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah sahaja. Sekolah juga punya peranan penting sebagai sebuah institusi sosial yang membangunkan modal insan untuk merealisasikan hasrat Malaysia MADANI yang mapan.
Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=670056315149480&set=a.227346979420418