PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA STPM/STAM EXCELLENCE (STEP) 2024 KINI DIBUKA | PROGRAM PINJAMAN PELAJARAN MARA KE MESIR DAN JORDAN.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Al- Azhar, Mesir dan universiti terpilih di Jordan. Program STEP bertujuan melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.
Permohonan STEP 2024 bagi Program Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir dan Jordan mula dibuka bermula pada 07 Oktober 2024 (Isnin) hingga 16 Oktober 2024 (Rabu)
Pautan Permohonan: https://educationloan.mara.gov.my