Kelas mengaji Al-Quran sering diadakan di Kampung Simpang Sepayang untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas diadakan pada setiap hari sabtu. Kelas tersebut diadakan pada 2 sesi iaitu:

Pagi: Perpustakaan Desa Kg Simpang Sepayang

Petang: Balairaya Kg Simpang Sepayang

Kelas ini merupakan salah satu inisiatif seorang guru agama untuk mengajar pelajar-pelajar di kampung simpang sepayang ini. Selain memahirkan pelajar ini, kelas ini juga dapat membantu pelajar untuk mula mengaji dan seterusnya dapat membaca Al-Quran.