Sesi persekolahan disaran ditangguhkan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kekal melebihi 200. Kerajaan negeri akan bertindak mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi menangani situasi di daerah berkenaan. "Pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diminta untuk mengikuti rapat pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan makluman terkini bacaan IPU.
JAS sedang mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan dan gejala yang menjadi potensi dan punca membolehkan keadaan udara bertambah teruk.
Orang awam supaya mengambil langkah penjagaan diri dengan mengurangkan aktiviti luar dan memakai topeng muka apabila perlu berada di luar.
Selain itu, rujuk klinik kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan sekiranya terkesan dengan kualiti udara setempat selain memastikan badan anda kekal hidrasi dengan bekalan air yang mencukupi.
Sumber: https://www.kosmo.com.my/terkini/jerebu-sekolah-disaran-tutup-jika-ipu-lebih-200-1.970574