Terminal Feri Penumpang dan Marina Tanjung Gemok adalah pintu masuk untuk ke Pulau Tioman. Dibina pada tahun 1994, terminal ini mempunyai keluasan 25 ekar. Kemudahan termasuk tujuh kaunter tiket dan kaunter bagasi, Pusat Maklumat, Pejabat Kastam, Pejabat Jabatan Perikanan, Pejabat Jabatan Marin, restoran serta tempat letak kereta berpagar untuk kira-kira 100 kenderaan. Pengunjung boleh mendapatkan banyak resort dan chalet yang berpatutan di sekitar kampung berdekatan. Selain itu, Terminal Feri Penumpang dan Marina Tanjung Gemok juga bersempadankan dengan negeri Johor (Endau). Untuk sampai ke Pulau Tioman dengan menaiki feri di Terminal Feri Penumpang dan Marina Tanjung Gemok mengambil masa kira-kira 2 jam perrjalanan menaiki feri.

Alamat: Jeti Tg Gemok, Kg Tg Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang

No Telefon: 09-4131362

Lat/Log : N2.6589422, E103.6214862

Sumber: https://en.yelp.my/biz/terminal-feri-tanjung-gemok-kuala-rompin
               http://www.cataferry.com/pagesub/jetty-information