Kuala Pontian merupakan salah sebuah tempat yang berhampiran dengan Kuala Rompin. D' Kuala Water Front terletak berdekatan dengan Muara Sungai Pontian yang mana terdapat pelbagai kemudahan serta boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti Memancing, Menjala Ikan, dan Menaiki Bot untuk pergi memancing di tempat tempat yang sesuai. D' Kuala Water Front menyediakan 6 buah chalet dengan kadar sewa RM70 / RM100 semalaman. Chalet ini terletak hanya 15 minit dari Bandar Kuala Rompin dan berhadapan dengan Sungai Pontian dan Jeti Memancing.

Alamat: D’Kuala Water Front, Kg. Kuala Pontian, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.

Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

– 6 unit chalet

– berhawa dingin

– peralatan memasak

– tv

– peralatan BBQ

– balai untuk kegiatan berkumpulan

Untuk tempahan, bolehlah hubungi Puan Rokiah di talian 019-9894817 / 011-33109732 / 012-9283023

Sumber: https://kelabhomestayrompin.wordpress.com/2015/06/02/dkuala-water-front-rm70-rm100/