Mungkin tidak terkenal seperti bukit-bukit lain yang menjadi lokasi aktiviti mendaki dalam negara, namun ia tetap memiliki keistimewaan tersendiri perlu dicuba penduduk tempatan atau pengunjung yang datang ke daerah Rompin. Bukit Mesah yang terletak di Kampung Bangkong, di sini, cukup sesuai bagi individu baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki dan juga sesuai bagi yang memilih mendaki bersama keluarga. Ia boleh dilihat dengan jelas dari jalan utama Kuala Rompin - Muadzam Shah dan lokasinya tidak jauh dari Bandar Kuala Rompin. Laluan untuk sampai ke puncak bukit masih terpelihara selain ada beberapa bahagian yang agak curam mencabar. Bagaimanapun, tiada ukuran tepat mengenai ketinggian bukit namun secara purata pendaki boleh sampai di puncak dalam masa 1 jam. Persatuan Belia Sinar Harapan Kampung Bangkong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekarang dikenali sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam usaha menjadikan bukit itu sebagai satu daya tarikan. Aktiviti menyusur jalan melalui laluan digunakan Orang Asli dan laluan lama orang terdahulu ketika mendaki bukit itu dilakukan persatuannya bersama JKKK sejak tahun lalu. Kalau orang tanya bagaimana bentuk bukit ini, saya katakan ia lebih kurang macam Bukit Pelindung di Kuantan, cuma ia masih belum diterokai dan kita mahu ia kekal begitu.“Pihak JKKK bersama persatuan belia memang merancang untuk memajukan bukit ini sebagai lokasi tarikan baru yang menawarkan pemandangan alam semula jadi sepanjang laluan hingga ke puncak,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Setiausaha JKKK Bangkong berkata, setakat ini mereka memantau kawasan bukit itu supaya ia tidak diceroboh dan bakal menjadi lokasi memburung seperti hasil perbincangan dengan Adun Muadzam Shah, Datuk Seri Maznah Mazlan sebelum ini. Tambahnya, bukan sekadar kepuasan mendaki, individu atau kumpulan yang berjaya sampai di puncak Bukit Mesah turut disajikan dengan pemandangan Kuala Rompin dan Laut Cina Selatan. Bila sampai puncak kita boleh lihat Bandar Kuala Rompin dan Laut Cina Selatan dengan syarat cuaca ketika itu cerah serta tidak berkabus. Pemandangan Laut Cina Selatan dan Kuala Rompin dari puncak Bukit Mesah. Akan datang, kami merancang untuk berkhemah dan tidur di puncak Bukit Mesah. Jika ada yang berminat untuk mendaki boleh berhubung dengan JKKK atau persatuan belia bagi urusan jurupandu arah,” katanya. Dalam pada itu, seorang penduduk Kuala Rompin, Mohd Saifudien Rusdi, 30, mengakui aktiviti mendaki Bukit Mesah agak mencabar bagi individu yang baru dalam aktiviti lasak itu. Bagaimanapun, ia bukanlah bukit hardcore yang kebiasaan menjadi sasaran pendaki profesional kerana tetap sesuai bagi tujuan aktiviti mendaki bersama keluarga. Walaupun nampak biasa namun tetap mencabar kerana ada ahli kumpulan wanita yang mendaki bersama saya semalam (kelmarin) ini nyaris pengsan. Agak tertekan juga untuk sampai ke puncak namun bila dah sampai rasa puas sebab dapat tengok pemandangan kawasan Kuala Rompin dan laut, katanya. Mengakui ada potensi untuk dikomersialkan, Mohd Saifudien turut teruja melihat tumbuhan yang digunakan untuk perubatan tradisional yang hidup di puncak bukit. Sebagai penduduk tempatan saya memang menyokong usaha mengkomersialkan Bukit Mesah sebagai daya tarikan baharu dalam masa sama memelihara alam semula jadinya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perpaduan Daerah Rompin, Azlinda Hariani Zaid, yang turut menyertai aktiviti mendaki Bukit Mesah, kelmarin bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Rompin turut mengakui bukit berkenaan adalah lokasi menarik. Laluan dari bawah hingga puncak masih terpelihara dan terdapat beberapa bahagian curam yang agak menguji kemampuan. Jika tengok macam tak tinggi tapi bila mula mendaki baru rasa kesukarannya terutama yang dah lama tak mendaki atau yang baru mencuba aktiviti ini. Pendaki terdiri daripada pelbagai peringkat umur kerana ia sesuai untuk aktiviti mendaki bersama keluarga. Kepenatan mendaki semuanya hilang bila sampai di puncak sebab dapat lihat pemandangan yang cantik,” katanya. Beliau turut menyarankan agar Bukit Mesah dipromosikan sebagai daya tarikan baharu di Rompin selain meletakkan papan tanda yang memaparkan ketinggian bukit untuk pendaki bergambar

Sumber:

http://portal.sinarharian.com.my/index.php/author/webadmin/page/3802/

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=445374849341399&set=pcb.445376152674602&type=3&theater