Nama Program: Program JIWA Komuniti MADANI (Sukan Rakyat Untuk Semua)

Tarikh: 19 Oktober 2024

Masa: 8:00 Pagi - 12:30 Tengah Hari

Tempat: NADI Kg Simpang Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program JIWA Komuniti MADANI (Sukan Rakyat Untuk Semua) bertujuan untuk mengiatkan lagi aktiviti sukan kepada penduduk kampung dan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung agar ukhuwah yang dibina berpanjangan. Penglibatan terdiri dari semua peringkat mengikut kategori umur dan jenis acara yang dipertandingkan.

  

   

    

Nama Program: Pertandingan Jejak Sirah dan Memanah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Tarikh: 23 dan 24 September 2023

Masa: 9:00 Pagi - 12:30 Tengah Hari

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang dan Padang Kg Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program Pertandingan Jejak Sirah dan Memanah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H Masjid Al-Hilal Kg Sepayang bertujuan untuk mengasah bakat komuniti kampung sepayang. Perkara ini adalah bertujuan untuk memberi komuniti untuk menyelesaikan segala tugasan dalam bentuk kumpulan disamping dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti kampung agar ukhuwah yang dibina berpanjangan.

 

 

Nama Program: Program Pertandingan Memanah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Tarikh: 23 Oktober 2022 (Sabtu)

Masa: 9:00 Pagi

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Tujuan/Aktiviti: Program pertandingan memanah bertujuan untuk mengiatkan lagi aktiviti sukan kepada penduduk kampung dan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung agar ukhuwah yang dibina berpanjangan.

 

   

Nama Program: Program Pengenalan Paluan Kompang Al-Hilal Kg Sepayang

Tarikh: 10 - 12 Disember 2022

Masa: 11:00 Pagi - 1:00 Petang

Tempat: Masjid Al-Hilal Kg Sepayang

Tujuan/Aktiviti:

Program Paluan Kompang bertujuan untuk mengasah bakat komuniti kampung sepayang. Persatuan kompang ini adalah di bawah naungan masjid Al-Hilal Kg Sepayang yang mana peserta perlu hadir untuk mengikuti latihan yang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bakat yang ada perlu dilatih dan diasah supaya lebih ramai lagi pelapis dapat diketengahkan pada masa akan datang. Selain itu, turut diselitkan beberapa pelajaran mengenai solat berjemaah dimasjid.. perkara ini adalah bertujuan untuk memberi mereka galakan untuk terus solat di masjid bagi mengimarahkan lagi masjid kampung Al Hilal selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara komuniti kampung agar ukhuwah yang dibina berpanjangan.

 

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai "Herd Immunity".

Oleh itu, MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bagi mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.

Semua orang dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dalam komuniti MyVAC. Daftar sebagai sukarelawan hari ini.

Sumber: https://www.myvac.com.my/