PEMAKLUMAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)
APA ITU PADU
📌 PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara lebih bersasar. PADU telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2 Januari 2024.
APA TUJUAN PEMBANGUNAN PADU?
📌 Meningkatkan kecekapan perancangan dasar & pengagihan sumber terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada individu yang benar-benar layak.
SIAPA YANG PERLU MENDAFTAR PADU
📌 Semua penduduk Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.
BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT PENDAFTARAN PADU
📌 Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat ke dalam sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024. Pendaftaran secara online boleh dibuat di laman web PADU; www.padu.gov.my
📌 Empat (4) langkah untuk mendaftar:
1. Mengisi Maklumat Asas (Nama,IC,Poskod,HP/emel)
2. Pengesahan OTP (SMS/emel)
3. Tetapkan kata laluan (Aa#)
4. Pengesahan Identiti (EKYC)
📌 Selepas selesai pendaftaran, anda perlu log in dan seterusnya mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.
BAGAIMANA JIKA PENDUDUK YANG TIDAK MEMPUNYAI TELFON BIMBIT ATAU TIDAK MAHIR UNTUK MENDAFTAR SECARA ONLINE?
📌 Bagi penduduk yang tidak mempunyai telefon bimbit dan memerlukan bantuan untuk membuat pendaftaran secara online atau mempunyai masalah capaian internet, anda boleh ke Pusat Internet Desa (PEDi) berhampiran. Petugas di PEDi akan membantu anda membuat pendaftaran dan mengemaskini maklumat.
📌 Pendaftaran juga boleh dibuat di Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia di Wisma Persekutuan Kuantan, Pejabat Operasi Bentong & Pejabat Operasi Temerloh. Kaunter PADU turut dibuka di UTC, Kuantan dan beberapa lokasi Hotspot lain.
📌 Senarai lokasi Kaunter Padu di seluruh negeri Pahang boleh dicapai di pautan berikut https://www.padu.gov.my/senarai_kaunter/senarai_kaunter_fizikal_padu_PEDI_mengikut_negeri.pdf
ADAKAH SAYA BOLEH MEMILIH UNTUK TIDAK MENDAFTAR PADU?
📌 Boleh. Walaubagaimanapun, tindakan tersebut boleh menyebabkan anda dan isirumah anda berisiko tidak menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.
HOTLINE
📌 Sebarang maklumbalas dan aduan boleh dibuat melalui:
✅ Talian Hotline
â–ª 1-800-88-7720
(8.00pg-6ptg)
â–ª 1-800-88-7721
(7.30pg-10mlm)
✅ Secara online melalui
SiSPAA di Portal PADU (24 jam)
✅ DOSM Pahang: 095163931/ 37
Sumber: https://www.facebook.com/DOSMPahang
Syarat-Syarat
Kelayakan10 jutawarganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan penerima STR atau mempunyai pendapatan yang mana pendapatan tahunan tersebut adalah RM100,00 dan ke bawah layak untuk menerima sumbangan kredit e-tunai eMadani berjumlah RM100 setiap individu
Bermula 1 November 2023, warganegara Malaysia boleh mendapatkan perkhidmatan permohonan baharu atau kemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di PEDi Sepayang
sila bawa doc sokongan spt dibawah untuk permohonan baharu :-
1) pemohon berstatus kahwin, kena bawa dokumen sijil perkahwinan
2) jika pemohon berstatus cerai sila bawa dokumen sijil cerai
3) jika pemohon berstatus kematian pasangan sila bawa sijil kematian pasangan
4) jika pemohon bujang 21 tahun dan ke atas dan tidak pernah buat permohonan lagi boleh daftar juga yaa.
sila bawa maklumat diri seperti surat beranak, ic, maklumat pekerjaan, maklumat akaun bank,maklumat pasangan, maklumat tanggungan
Sumber: https://bantuantunai.hasil.gov.my/account/Login.aspx
http://spgsepayang.naditm.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=10#sigFreeId5be70a8937