JAS sedang mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan dan gejala yang menjadi potensi dan punca membolehkan keadaan udara bertambah teruk.
Orang awam supaya mengambil langkah penjagaan diri dengan mengurangkan aktiviti luar dan memakai topeng muka apabila perlu berada di luar.
Selain itu, rujuk klinik kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan sekiranya terkesan dengan kualiti udara setempat selain memastikan badan anda kekal hidrasi dengan bekalan air yang mencukupi.