BUNGA TERBESAR DI DUNIA (RAFLESIA) DITEMUI DI RAUB
 
 
Tahukah anda, bunga Raflesia bukan hanya ada di Sabah. Raflesia juga telah dijumpai baru-baru ini hutan Lata Jarum, Hulu Dong, Raub.
Bunga ini mulai tumbuh dengan mekarnya di Taman Eko Rimba disitu. Hanya hutan di empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Perak dan Pahang sahaja boleh dijumpai bunga terbesar di dunia ini. Sejak beberapa minggu lepas orang ramai mula mengunjungi Taman Eko Rimba, Lata Jarum itu untuk menyaksikan sendiri keunikan dan kecantikan bunga terbesar di dunia ini.
 
MENARA KUANTAN 188
 
Salah satu tarikan baru jika berkunjung ke daerah Kuantan. Ibu negeri bagi begeri Pahang dan baru sahaja diiktiraf sebagai Bandaraya Kuantan. Pengunjung akan disajikan pemandangan 360 darjah Bandar Kuantan yang menakjubkan sambil mengalami pengalaman menaiki lif kaca pada ketinggian 104 meter. Bolehlah ke sini membawa keluarga. Apapun, jaga SOP Covid19. Kita jaga kita.
 
Tiket dewasa RM8 (hari biasa) RM15 (Sabtu & Ahad)
Kanak-kanak RM5 (hari biasa) RM10 (Sabtu & Ahad)

AIR TERJUN JAA ANG ULU KEMELAI, KG SUNGAI MOK, ROMPIN, PAHANG

Air Terjun Jaa Ang terletak di Sg Ulu Kemelai. Kg Sungai Mok, Rompin Pahang. Penduduk tempatan memanggilnya Air terjun Jaa Ang 1. Manakala bagi grup kumpulan 4W ia menggelarnya Air Terjun Sg Mok kerana Kg Sg Mok adalah Kg terakhir sebelum tiba di air Terjun ini.
Mula bertolak meggunakan hilux memasuki Kg Sg Mok sebelum melewati sebuah trek balak perjalanan mengambil masa sekitar ยฝ jam. Sebelum tiba di pintu rimba. Trekking sekitar 1 jam 1/2 sebelum tiba CP3. Dari CP3 air terjun cuma 5 minit sahaja. Keindahan air terjun yang memukau setinggi bangunan 2 tingkat dan kolam yg agak luas anggaran 4 court badminton. 

Sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1051823371633245&type=3

 
 
Nak Makan Hasil LAUT CELUP TEPUNG boleh datang ke Warung D'Layaran.
Waktu Operasi Setiap Jumaat -- Rabu
Masa 1.00pm -- 7.00pm
(Khamis: Tutup)
DISYORKAN SUPAYA DATANG AWAL
016-4136233

๐—ž๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—š๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ช๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ, ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ผ๐—ต

Jom mandi-manda bersama keluarga di Kubang Gajah Waterpark yang terletak di Temerloh, Pahang.

Dengan bayaran masuk yang tidak lebih daripada RM10 seorang, anda sekeluarga boleh lah berโ€™kubangโ€™ di dalam kolam renang yang ada gelonsor pelbagai jenis.

Kelaparan selepas bermandi-manda? Jangan risau, Kubang Gajah Waterpark ini berdekatan dengan Restoran ikan patin tempoyak terkenal di Temerloh Pahang iaitu Gobang Maju Patin Tempoyak Temerloh.

Jom hujung minggu kita ke sini !

Sumber: https://www.facebook.com/PahanGo/photos/a.2737536926259299/3709461952400120/