Dataran Tg Gemok terletak kira-kira 23.5 Kilometer dari Kuala Rompin yang bersempadan dengan Negeri Johor (Endau). Disini terdapat Jeti Tg Gemok yang mana jika hendak ke Pulau Tioman boleh menaiki feri untuk menuju ke Pulau Tioman selain Mersing. Terdapat pelbagai pilihan kedai makan dan kemudahan seperti pasar raya berdekatan dengan Dataran Tg Gemok. 

 
Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang Darul Makmur mula beroperasi pada 15 Mac 2010. Terletak di Kampung Pantai Bernas yang mempunyai keluasan 20 Ekar. Antara Fasiliti-fasiliti yang terdapat di kompleks ini adalah seperti berikut:-
 
i)    Asrama Lelaki dan Perempuan yang memuatkan 50 orang Lelaki dan 50 orang perempuan
ii)   Dewan Makan yang memuatkan 100 orang pada satu-satu masa
iii)  Dewan Serbaguna yang mempunyai 6 gelanggang badminton &Sepak Takraw dan 2 Gelanggang Futsal
iv)  Bilik Kuliah
v)   Bilik Mesyuarat
vi)  Scuba Diving Pool
vii) Jeti Terapung
viii)Tempat Pelancaran Bot
ix)  Parking Lot yang luas iaitu 175 Lot Parking Kereta, 8 Lot Parking Bas, 50 Lot Parking Motorsikal
 
Tempahan bagi menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang ini bolehlah dibuat dengan menghubungi alamat seperti berikut:-
 
Pengurus,
Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin,
Kampung Pantai Bernas,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
 
No Telefon  : 09-4120458 / 09-4134090
No Fax       : 09-4120457
 

 

LANJUT BEACH & GOLF RESORT

 

Lokasi: Kg Lanjut, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Tel: 09-4158888

Faks: 09-4158899

Sumber: http://www.lanjut.my/#main-content

   

Hotel Seri Malaysia Rompin terletak di Kuala Rompin, 133km dari Kuantan dan destinasi persinggahan pertama jika anda datang dari arah Johor atau Singapura. Rompin adalah laluan menuju ke Taman Negara Endau Rompin serta Pulan Tioman.

Lokasi: Kampung Tanjung Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang, Malaysia

Tel: 09-413 2723

Faks: -

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sumber: http://www.serimalaysia.com.my/my/Hotels/HsmRompin

Daerah Rompin terkenal dengan  anugerah semula jadi ciptaan Tuhan seperti hutan simpan yang berharga, keindahan pantai-pantai serta kedamaian air terjun yang mengalir. Maka tidak hairanlah dengan kurniaan anugerah-anugerah ini menjadikan Daerah Rompin salah satu destinasi perlancongan yang terkenal di Malaysia.

 

Pantai Hiburan Rompin

Pantai yang indah memukau seperti Pantai Hiburan Rompin, Pantai Chedoq, Pantai Teluk Gorek, Pantai Sepat, Pantai Penyabung, Pantai Lanjut dan banyak lagi. Pada setiap tahun, Majlis Daerah Rompin dan kerajaan negeri Pahang akan menganjurkan Pesta Pantai Rompin atau dikenali sebagai "Rompin Fest" yang berlangsung selama seminggu berlokasi di Pantai Hiburan Rompin. Acara ini kebiasaannya berlangsung pada bulan Julai setiap tahun. Acara seperti ini mampu meningkatkan ekonomi Daerah Rompin malahan ekonomi penduduk seperti pengusaha, penjual dan peniaga.

Aktiviti yang ditawarkan: Beriadah, Berkelah, Mandi

Alamat Lokasi: Bandar Rompin, Pahang

 

Taman Negeri Endau - Rompin

Taman Negeri Endau-Rompin terletak kira-kira 38 Kilometer dari Bandar Rompin. Keindahan Taman Negeri dengan Hutan Simpan dan Air Terjun Sri Mahkota telah menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini. Taman Negeri Endau–Rompin mula diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal di bawah Seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 dengan keluasan semasa 31,797 hektar dan jenis hutan dipterokarpa yang tumbuh di kawasan tanah pamah serta beralun. 

Aktiviti yang ditawarkan: Mandi Manda, Jungle Tracking, Memancing, Perkemahan dalam Hutan, Berkelah.

Kemudahan yang Ditawarkan: Surau, Jeti Jeram, Chalet, Kantin, Tapak Perkemahan, Gelanggang sukan dan Taman Permainan.

Yuran Masuk: RM 5.00 (Dewasa), RM 2.00 (Kanak-kanak), Percuma (Warga Emas/OKU)

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/taman-negeri-endau-rompin-ditutup-sementara-1.448434

 

Pulau Tioman

Pulau Tioman adalah satu pulau yang kecil di negeri Pahang dan terletak dalam daerah Rompin. Sebahagian besar pulau ini terdiri daripada hutan tebal dan di dalam lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang yang menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi popular kepada penyelam serta mereka yang meminati aktiviti snorkeling. Sekitar tahun 70an, TIME Magazine pernah menobatkan yang Pulau Tioman merupakan salah satu daripada pulau tercantik di dunia. Tidak hairanlah ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ramai yang berkelah serta memilih Pulau Tioman ini sebagai salah satu lokasi percutian mereka.


Pulau Tioman boleh di akses melalui 2 jeti, iaitu Jeti Mersing, Johor dan juga di Jeti Tanjung Gemuk, Pahang dengan menaiki bot atau feri. Selain daripada pengangkutan laut, anda juga boleh menggunakan pengangkutan udara ke Pulau Tioman daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Kuala Lumpur dan juga Lapangan Terbang Antarabang Changi di Singapura.

Pulau Tioman terdiri daripada 4 kampung yang utama, dan yang paling besar serta ramai yang mendudukinya di pulau tersebut adalah Kampung Tekek yang terletak di bahagian utara pulau. Selain daripada Kampung Tekek, terdapat juga Kampung Juara, Kampung Salang dan Kampung Air Batang.

Sumber: http://www.cutidipulau.com/pakej-pulau-tioman

 

Air Terjun Harimau Berjemur

    

Air Terjun Harimau Berjemur terletak di dalam Hutan Simpan Lesong. Perjalanan melalui Kg Tebu Hitam dan seterusnya sehingga sampai ke dalam Hutan Simpan Lesong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan untuk sampai ke sana. 

Aktiviti yang ditawarkan: Mandi Manda, Jungle Tracking, Hiking, Perkemahan.

Kemudahan yang Ditawarkan: -

Yuran Masuk: Tiada

Hutan Simpan Menchali

Antara hutan-hutan simpan yang terdapat di Daerah Rompin ialah Hutan Simpan Menchali, Leban Chondong dan Hutan Simpan Taman Negeri Endau Rompin. Apa yang menariknya, hutan simpan di daerah ini ialah hutannya kaya dengan khazanah kayu-kayan berharga seperti jati, balak, cengal, meranti, nyatuh dan lain-lain. Selain dapat melindungi khazanah-khazanah berharga, ia juga dijadikan tempat rekreasi kepada pelancong, baik dari dalam negara mahupun luar negara yang gemar membuat aktiviti lasak seperti berkhemah, aktiviti menjelajahi hutan dan sebagainya. Hutan Simpan Menchali juga menawarkan kawasan rekreasi yang dinamakan Taman Eko Rimba Menchali.

Lokasi  :20 km dari Bandar Rompin
              :160 km dari Bandar Kuantan
              :Terletak di dalam Hutan Simpan Menchali
              :Hutan Bukit Pantai dan Hutan Paya Gambut

Koordinat: WGS 84 : N2.8998° , E103.4150°

Yuran Masuk : PERCUMA

Pertanyaan: Pejabat Hutan Daerah Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Tel: 09 – 4145 204

Sumber: http://www.forestry.gov.my/jpsm/index.php/my/pahang/taman-eko-rimba-menchali

 

 Rumah Rakit

Sungai-sungai yang berada di kawasan sekitar daerah Rompin juga merupakan salah satu destinasi Pelancongan yang boleh dianggap menarik dan mendatangkan keuntungan kepada penduduk sekitar. Antaranya ialah rumah rakit terapung atau dikenali sebagai "Rompin River Village" yang terdapat di sekitar kawasan Leban Chondong, Sungai Puteri dan Kampung Sepakat (Cemara Riverview Chalet). Rumah rakit yang disediakan dengan kadar harga yang berpatutan dapat menarik minat pelancong. Selain daripada penginapan, para pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti lain seperti:

1. Memancing udang galah (mengikut musim) dan ikan

2. Pelbagai kaedah penangkapan hasil sungai 

3. Menyusuri sungai sambil melihat pemandangan semulajadi

4. Mencari kepah

5. Melihat kunang-kunang diwaktu malam

Sumber: https://www.facebook.com/cemarariverchalet/photos/a.1570092183239446.1073741832.1561913970723934/1810230792558916/?type=3&theater

Ikan Layaran

 

Kuala Rompin juga terkenal dengan ikan layaran. Aktiviti penangkapan ikan layaran biasanya dinamakan sebagai "Tangkap" dan "Lepas". Aktiviti yang dianjurkan setiap tahun ini telah membawa masuk ramai pelancong ke Negeri Pahang terutamanya ke Daerah Rompin ini. Pelancong yang terdiri dari pelbagai negara antaranya ialah Australia, Singapura, Indonesia dan pelbagai lagi negara. Hal ini bukan sahaja menarik ramai pelancong untuk datang ke Pahang (Rompin) malahan menambahkan lagi jumlah pendapatan penduduk di sekitar daerah Rompin.

Sumber:http://libur.karangkraf.com/ekspedisi/menjejak-ikan-layaran-kuala-rompin-1.122041

 

ROMPIN BEACH RESORT

 

 

Lokasi: Lot 340, Jalan Pantai Hiburan, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Tel: 09-4143333

Faks: 09-4141366

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sumber: http://rompinbeachresort.com/contact-us.html

 

Dengan adanya destinasi-destinasi pelancongan ini, ia  mendorong kepada pengusaha pusat-pusat peranginan  menggunakan peluang sebaik mungkin dengan mendirikan hotel-hotel, chalet dan homestay untuk kemudahan dan keselesaan kepada para pelancong yang datang. Di samping itu, ia turut menjana ekonomi pendapatan baik pada pengusaha malahan menjana kemantapan ekonomi kepada Daerah Rompin itu sendiri.