Lokasi: 4, Jalan Sepakat Indah Utama, Taman Sepakat Indah, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Telefon: 09-4141035 
Handphone: 016-7412220
 
 
 

Pantai Bernas adalah salah sebuah Kampung yang berada seberang sungai dari pekan lama Kuala Rompin. Sekiranya anda mahu berkunjung ke sini dari Kuala Lumpur atau Kuantan, selepas sahaja Simpang Muadzam Shah, tidak jauh dari Gerai Udang Galah (Gerai makan yang popular dengan masakan udang galah di Leban Chondong), pelahan-lahan masuk simpang kiri ke Kg Lanjut atau lebih popular dengan Serai @ Lanjut Resort dan terus sahaja hingga ke hujung jalan, iaitu di Kuala Rompn sebelah Pantai Bernas. Kedudukannya yang berada di antara kuala Sungai dan pantai menyebabkan airnya agak keruh dan di penuhi kayu kayan kesan dari musim tengkujuh. Kawasan ini juga berdekatan dengan Kompleks Sukan Air Rompin.

Terdapat beberapa chalet dan penginapan yang menawarkan harga yang berpatutan jika anda ingin bermalam di sini.  Bayaran yang dikenakan di bawah RM200 dan tempat yang sesuai untuk beristirehat dengan tenang. Apa yang paling menarik di sini adalah gerai sata dan otak-otak serta kepah yang sangat sedap. Di usahakan oleh Makcik-makcik dan pakcik-pakcik, keenakan otak-otak dan satar disini menjadi sebutan kepada mereka yang pernah merasainya. Masa menunggu sekitar 10 minit di perlukan untuk sata dan otak-otak ini dibuat di tempat dan masa yang sama.

Sekitar bulan Jun, Kuala Rompin akan di penuhi dengan pemancing-pemanjung dari seluruh dunia. Ada pertandingan memancing ikan marlin atau layaran di sini. Sebelum ini Kuala Rompin maskotnya adalah udang galah, tetapi sekarang telah di ganti dengan ikan marlin atau layaran yang bermuncung tajam.

   

Sumber: http://rompin77.blogspot.com/2011/05/otak-otak-pantai-bernas.html

              http://jemuduk.blogspot.com/2010/04/ole-ole-kuala-rompin.html

Lukisan Mural Painting Kuala Rompin merupakan salah satu tarikan jika anda semua berkunjung ke Bandar Kuala Rompin. Lokasi Sekitar Bandar Kuala Rompin telah menjadikan kawasan bandar Kuala Rrompin lebih menarik dengan pelbagai tema antaranya Kereta api (Mining Ibam), Udang Galah, Kelapa Sawit, Ikan Layaran, Pulau Tioman, Pertanian, Air Terjun Seri Mahkota ( Taman Negara Endau), Orang Asli, Flora Fauna. Program mentransformasikan bandar Rompin ini bertujuan untuk mencantikkan dan menceriakan 10 bangunan terpilih di sekitar Bandar Kuala Rompin melalui Pertandingan Lukisan Mural. Antata pihak yang terlibat ialah Pusat internet 1Malaysia Kluster Rompin dengan kerjasama Majlis Daerah Rompin (MDR) serta pelbagai pihak yang terlibat.

  

 

Bermula dalam tahun 1940an –Tempat terletaknya bandar ini, sekarang asal awalnya dijumpai oleh seorang asli suku Semelai bernama Leman. Menurut ceritanya kerja beliau seharian mencari rotan, apabila letih beliau bebaring rehat. Beliau menyedari ada sesuatu yang luar biasa ditempat baringannya iaitu seketul batu. Leman membawa batu tersebut ke Kuala Rompin dengan bersampan dari Pasir Aur (sekarang Kg.Aur) dan berjumpa dengan kenalannya bernama Sidek seorang peniaga rotan, damar yang sentiasa berurusan dengan masyarakat orang asli. Sidek, kemudiannya membawa batu itu kepada Pengurus Syarikat EASTERN MINING & METAL COMPANY (EMMCO). Seorang Inggeris di Bukit Besi, Dungun, Trenggannu. Pihak syarikat ini, kemudiannya menghantar beberapa orang penyelidik untuk menjalankan kajian tersebut. Kajian mendalam selanjutnya, telah disambung semula selepas perang Dunia Kedua. Apabila didapati kawasan ini mempunyai potensi yang baik untuk menjalankan perusahaan melombong bijih besi, syarikat ini telah berunding dengan Kerajaan negeri untuk mendapatkan pajakan galian. Pada 12hb Jun 1957- Pajakan galian diluluskan kepada syarikat EMMCO, selanjutnya pihak syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat bernama – ROMPIN MINING COMPANY (ROMPINCO). Untuk mengusahakan lombong tersebut. Untuk mengenang jasa LEMAN dan sahabatnya SIDEK pihak syarikat ROMPINCO. yang baru ditubuhkan itu, bercadang membayar saguhati berjumlah RM 100.00 sebulan kepada mereka, sebagai mengenang jasa orang yang mula-mula menjumpai bijih Besi dikawasan tersebut. Dari masa kemasa LEMAN dan sahabatnya, mendapati bahawa saguhati terlalu rendah dan dia telah meminta supaya jumlah saguhati tersebut dinaikkan. Walau bagaimanapun syarikat perlombongan ini, berpendapat bahawa tuntutan tersebut tidak boleh dipertimbangkan. Untuk mengelakkan syarikat perlombongan ini telah mengubah nama tempat ini (tempat yang dijumpai) Menjadi – BUKIT IBAM, suatu nama baru dalam sejarah Tanah air. Nama BUKIT IBAM, adalah satu nama yang baru kerana berdasarkan peta MALAYA yang dikeluarkan dalam tahun 1951 nama BUKIT IBAM, masih belum tercatat di mana-mana . Mengikut kata ” – G. SCLLOW bekerja sebagai Electrical Superintendent ROMPINCO. beliau menyatakan pengertian I.B.A.M ringkasan huruf nama yang diambil daripada tajuk sebuah buku iaitu – ²I BOUGHT A MOUNTAIN² yang dibaca oleh Mr.Fittburg, seorang jurutera ukur syarikat tersebut. Semasa beliau (Mr.Fittburg) menjalankan kerja-kerja ukur landasan keretapi laluan Bukit Ibam ke Tg. Tengku, KualaRompin. Daripadanya lah terbit nama – BUKIT IBAM. Selepas kejayaan beliau bersama pekerja-pekerja membuat pengukuran laluan landasan sehingga ke tapak lombong tersebut lalu bertanya salah seorang pekerja beliau – ²Apa nama Bukit tersebut ² satu pertanyaan yang sukar dijawab. Akhirnya beliau menyatakan nama bukit tersebut diambil dari ringkasan I.B.A.M iaitu ²I BOUGHT A MOUNTAIN². Perlombongan bijih besi di Bukit Ibam dipercayai bermula selepas negara mencapai kemerdekaan. Bukit Ibam merupakan antara pengeluar bijih timah yang terbesar di Asia suatu ketika dulu. Pelbagai cerita mengaitkan asal usul kewujudan di sebalik nama Bukit Ibam ini. Dikatakan suatu ketika dahulu, seorang Tok Batin yang dikenali nama Ibang sering ke Bandar Rompin. Pada suatu hari, beliau telah bertemu dengan Sir Robinson yang kebetulan sedang meninjau perkembangan bijih besi di Dungun. Beliau kemudiannya membawa Sir Robinson berjalan-jalan di sekitar Mukim Keratong sehinggalah dia terlihat pemandangan bukit-bukau. Sir Robinson lalu bertanyakan kepada Ibang nama bukit tersebut, Ibang hanya menggeleng kerana dia tidak mengetahui nama bukit tersebut. Sir Robinson kemudiannya berkata “I Bought A Mountain”. Lama-kelamaan nama bukit tersebut menjadi Bukit Ibam singkatan dari ungkapan “I Bought A Mountain” tadi. Pada tahun 1964, Sir Robinson mula menerokai perlombongan bijih besi di Bukit Ibam. Beliau telah menjadikan syarikatnya iaitu Rompin Mining Co. sebagai salah satu syarikat pengeluar bijih besi terbesar ketika itu. Ada juga yang mengatakan nama Bukit Ibam diambil sempena nama Tok Batin yang bertemu dengan Sir Robinson, iaitu Ibang. Namun, disebabkan loghat masyarakat setempat yang agak sukar untuk menyebut nama Ibang, akhirnya bertukar menjadi Ibam. Selain itu, ada juga yang mengatakan nama Bukit Ibam merupakan singkatan dari Iron Boxside Aluminium Magnesium.

 

Gambar: Bukit Ibam Dahulu dan Sekarang

Sumber: http://bukitibampahang.blogspot.my/2017/03/history-of-hill-ibam.html

Pada mulanya pokok leban yang condong ke arah sungai itu hanya menjadi tempat berteduh untuk berehat bagi orang menaiki perahu di sungai Rompin dan juga sebagai penanda kawasan.

Apabila sudah menjadi kebiasaan dan sebutan oleh pengguna laluan sungai ketika itu, secara tidak langsung kawasan berteduh itu digelar Leban Chondong.

Sempena gelaran itu juga ia diambil sebagai nama kepada Kampung Leban Chondong yang kini sinonim dengan udang galah.

Tidak kira dalam bentuk hidangan yang dimasak atau segar, ia amat terkenal bagi kalangan pelancong atau warga tempatan yang turut menjadi lokasi memancing terutama pada hujung minggu atau cuti.

Bagi yang tidak tahu lokasi kampung ini, ia merupakan antara perkampungan terawal selepas memasuki sempadan daerah Rompin jika memandu dari arah Pekan.

Bagaimanapun, menurut seorang penduduk, Simaon Kasim, 66, kisah asal-usul nama kampung itu hanya sebuah cerita biasa dan tidak dapat dikesan sumbernya.

Dia turut menjelaskan bahawa Kampung Leban Chondong bukan sebuah kampung ‘tua’ kerana ada kampung lain sekitarnya yang lebih lama  wujud seperti Kampung Menchali.

“Berdasarkan cerita  pakar sejarah negeri ini, Kampung Leban Chondong mula wujud sekitar 1920-an iaitu bermula sebagai tempat persinggahan bagi laluan sungai orang nak ke hulu sungai.

“Orang yang singgah itu akan mengatakan mereka berada di leban condong apabila mahu menceritakan atau memberitahu lokasi mereka berada, maklumlah orang dahulu berperahu suka berhenti-henti,” katanya yang merupakan seorang pesara guru.

sal-usul etnik atau bangsa penduduk yang membuka kampung itu juga tidak dapat dipastikan kerana penduduk asalnya adalah rencam atau pelbagai.

Simaon berkata, ada penduduk berketurunan Riau, Pekan, Johor dan mereka itulah yang telah membentuk kawasan itu menjadi sebuah kampung yang kini terdiri daripada 300 keluarga.

“Penduduk asalnya tidaklah ramai seperti sekarang, ia mula ramai selepas era perang Jepun sekitar 1940-an,” katanya.

Menurutnya, faktor yang turut mempengaruhi pertambahan penduduk juga disebabkan operasi syarikat perlombongan di Bukit Ibam.

Katanya, Kampung Leban Chondong menjadi laluan landasan kereta api yang mengangkut pekerja dan bijih setiap hari ulang alik dari Bukit Ibam ke Kampung Pantai Bernas.

Sebagai mengenang asal-usul nama kampung itu, terdapat pokok leban ditanam berhampiran kedai makan Rehat dan Rawat (R&R) Leban Chondong yang selalu dipenuhi orang yang singgah untuk menjamu selera pelbagai masakan berasaskan udang galah.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/rencana/leban-chondong-asal-tempat-berteduh-1.734514