Masyarakat Malaysia semakin gemuk!
1 daripada 2 dewasa Malaysia adalah berlebihan berat badan dan obes. Laporan NHMS 2023 menunjukkan prevalen obesiti dan berat badan berlebihan terus meningkat daripada 50.1% (2019) kepada 54.4% (2023). Obes dan berlebihan berat badan adalah faktor risiko kepada pelbagai penyakit. Bertindak sekarang, obesiti bukan suatu kebiasaan? Makan secara sihat, bergerak secara aktif, jauhi rokok dan alkohol?
Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=859172276244777&set=a.221890943306250
Mencuci tangan ??????? dengan cara yang betul ? merupakan cara terbaik untuk mengawal dan mengurangkan penyebaran penyakit kerana tangan adalah pengantara utama kuman disebarkan.
Amalan ini perlu diamalkan sejak awal usia kanak-kanak ???????? dan ibu bapa boleh membantu memupuk amalan menjaga kebersihan tangan dalam rutin harian.
Sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Kurma adalah sangat digalakkan diambil ketika bersahur dan berbuka. Dikongsikan khasiat dan kebaikan kurma untuk tubuh badan.
Sumber: https://www.facebook.com/search/top/?q=khasiat%20kurma%20kementerian%20kesihatan
Minggu ini ramai perantau yang akan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang.
Sepanjang musim perayaan dan percutian ini, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika pemanduan. Patuhi had laju dan tidak tergesa-gesa supaya emosi anda tidak mudah terganggu dengan sekeliling yang mungkin boleh menyebabkan anda hilang sabar.
Pastikan anda rancang perjalanan sebelum memulakan pemanduan dan berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat jika perlu. Semoga anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.
Sumber: https://www.facebook.com/search/top?q=kementerian%20kesihatan%20malaysia
Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang. Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah mencegah slipped disc seperti yang dikongsikan.
Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=948194840155875&set=a.144322397209794