Tahukah Anda???


Terdapat golongan tertentu yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang.

Sila semak siapakah golongan yang berisiko tinggi tersebut. Pastikan anda tidak termasuk dalam golongan tersebut.

Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=596629102499097&set=a.221890939972917

Semua jenis kanser, termasuk kanser dikalangan kanak-kanak adalah penyakit yang terjadi dimana pertumbuhan sel diluar kawalan dan tumbuh dengan luar biasa daripada segi saiz dan bentuk,memusnahkan sel yang bersebelahan, dan boleh merebak kepada organ-organ dan tisu-tisu lain.

Kami kongsikan 8 jenis kanser yang biasa berlaku pada kanak-kanak di Malaysia.

Apabila penyakit kanser telah disahkan, adalah mustahak untuk kanak-kanak tersebut mendapat rawatan yang sewajarnya.

Dengan rawatan sewajarnya, kanak-kanak yang menghidap kanser mempunyai peluang yang lebih besar untuk pulih.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=574075711421103&set=a.221890943306250

Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil glukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi.

Penambahan konjak bagi produk jeli adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan.

Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain. Mengambil kira risiko yang wujud, kawalan ke atas produk ini dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk seperti dikongsikan.

Ibu bapa dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk:

Sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=521733339988674&set=a.221890943306250

Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan sebanyak 1 daripada 4 rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas tidak aktif secara fizikal.

Pilih aktiviti yang bersesuaian mengikut umur dan kemampuan anda.

Senaman dapat memberi manfaat kesihatan baik sama ada dari segi fizikal dan juga mental.

Jom bersenam

Sumber: https://www.facebook.com/jknphg/photos/a.697979970221214/6199651290054027/

Sub-varian XBB merupakan sub-varian Omicron yang telah berkembang daripada sub-varian BA.2 Omicron sedia ada.
Peningkatan bilangan kes baharu serta indikator-indikator utama yang lain adalah dijangkakan susulan pengesanan sub-varian Omicron XBB di Malaysia.
Namun, belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehannya untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk.
Individu yang telah menerima vaksin boleh dijangkiti sub-varian ini, namun vaksinasi masih memberikan perlindungan yang baik terhadap penyakit COVID-19 yang serius.
Maka, adalah penting untuk mendapatkan dos penggalak bagi yang layak terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi.