Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik.
Ini adalah bagi memberi perlindungan yang berterusan kepada golongan berisiko tinggi.
Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya.
Namun masih terdapat di kalangan kita yang memakai pelitup muka dengan cara yang salah.
Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan.
Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul. Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.
Norma baharu di sekolah - Tanggungjawab Ibu Bapa
Memastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala
Ajar anak langkah mencuci tangan dengan betul
Menasihati anak untuk mengamalkan penjarakan fizikal
Mendidik anak amalan batuk dan bersin dengan betul
Bekalkan anak pelitup muka secukupnya
Bawa hand sanitizer ke sekolah jika ada
Digalakkan anak membawa bekal makanan ke sekolah
Sumber: https://www.facebook.com/jknphg/photos/a.697979970221214/5102460793106421/