Nama | : CIK SHARIFAH NURUL NAJIHAH BT SYED ALWI |
Umur | : 25 Tahun |
Ahli | : 25 Oktober 2019 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2020 kali ini kami memilih Cik Sharifah Nurul Najihah Binti Syed Alwi. Lahir pada 18 September 1995 di Janglau Rompin dan kini berumur 25 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan tinggal bersama keluarga di No 367 Kampung Janglau 3, 26800 Kuala Rompin Pahang. Berusia 25 tahun dan kini masih berstatus bujang..Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam di USIM Negeri Sembilan.Beliau telah tamat pengajian pada tahun 2018. Selepas setahun tamat pengajian beliau menerima tawaran pekerjaan sebagai guru kafa di Sekolah Rendah Pontian Jaya, Rompin sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Tahap pengetahuan ICT Cik Najiha sebelum penglibatan dengan kelas ICT ketika itu adalah pengetahuan asas. Sebelum ini beliau menggunakaninternet dan komputerhanyalah untuk tujuan pembelajaran Selain itu beliau menggunakan internet untuk berhubung dengan kenalan melalui Facebook dan Instagram. Namun ekoran daripada peredaran zaman, ramai kenalan terutamanya media sosial menjadikan media sosial sebagai medium utama untuk dunia perniagaan dalam menjalani urusan jual beli. Daripada situ lah beliau mula menanam minat untuk berniaga memandangkan pada ketika itu status pekerjaan beliau adalah kontrak. Sebelum penglibatan beliau dengan pusat internet, beliau mencari pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan secara offline dan online dimana tertumpu pada media sosial iaitu Platform facebook dan
instagram.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah 1 tahun berkecimpung di dalam dunia perniagaan offline dan online facebook beliau mula memberanikan diri melangkah lebih jauh dengan menyusun strategi promosi perniagaan beliau dengan mula menjual pelbagai jenis produk ke Platform yang lebih meluas iaitu Shopee. Bengkel pertama beliau sertai ialah Perniagaan Atas Talian Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet Simpang Sepayang, Rompin iaitu pada Ogos 2020. Di dalam bengkel tersebut beliau mula mempelajari bagaimana untuk mendaftarkan diri ke platform Shopee, seterusnya mempelajari cara muat naik produk, menyusun ayat Pancingan untuk menarik minat pelanggan, dan beberapa tip untuk mempromosikan produk jualan. Oleh itu selepas penglibatan dengan bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet, promosi jualan beliau tidak hanya tertumpu kepada media sosial semata-mata sebaliknya beliau mempunyai beberapa platform jualaan atas talian yang lain seperti shopee dan dashboard komuniti.
BELAJAR KELAS ICT
Nama | : ADIK MOHD SYAHRUL NIZAM BIN ZUL AZIZI |
Umur | : 11 Tahun |
Ahli | : Julai 2019 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2020 kali ini kami memilih Adik Mohd Syahrul Nizam Bin Zul Azizi lahir pada 28 Oktober 2009 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Adik Syahrul merupakan anak sulong dari 3 orang adik beradik berusia 11 Tahun dibesarkan di Kg. Simpang Sepayang di alamat No 36 B Jalan Kampung Hijrah Sepayang 03, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. Adik Syahrul ditempatkan di dalam kelas rancangan Khas iaitu di Sekolah Rendah Kg Kolam Rompin kerana mempunyai masalah pembelajaran. Abang sulong ini merupakan seorang abang yang penyayang dan bercita-cita untuk menjadi bomba apabila besar nanti. Dibesarkaan di dalam keluarga yang sederhana menjadikan beliau tekad untuk menjadi insan yang berjaya bagi membantu ibu bapanya kelak. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Sebelum penglibatan dengan program anjuran pusat internet, Adik Syahrul tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika dirumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori sebagai sifar. Keingginan beliau untuk mempelajari ilmu ICT ada tapi beliau mempunyai masalah tidak yakin dengan diri sendiri dan agak pemalu untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan pergaulan dan penglibatan beliau dengan aktiviti luar agak terbatas walaupun sudah beberapa kali ibu beliau cuba untuk mendaftarkan beliau di program-program anjuran pusat internet. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Peringkat awal yang membolehkan beliau mula melibatkan diri dengan program anjuran pusat internet ialah apabila beliau di tawarkan mengikuti kelas komputer secara persendirian ditemani oleh adik beliau. Beliau memberanikan diri hadir ke kelas tersebut. Pada kelas pertama beliau diajar tentang komponen asas komputer dan kemahiran menggerakan tetikus serta menggunakan papan kekunci melalui permaianan berbentuk |
Nama | : PN. HANIM AFZAN BT ABD RAHIM |
Umur | : 41 Tahun |
Ahli | : September 2017 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online untuk Q2 2020 kali ini kami memilih Puan Hanim Afzan binti abd Rahim. Lahir pada 26 Februari 1979 di Mersing dan kini berumur 41 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan mula menetap di Kampung simpang semenjak berkahwin iaitu pada tahun 2008 Di alamat F20 Kampung Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin Pahang Darul Makmur..Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Sebelum ini beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual pelbagai produk seperti egen Tuperware, menjual produk Kesihatan dan Makanan. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah menengah Kebangsaan Kuala Rompin. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Tahap pengetahuan ICT Puan Hanim sebelum penglibatan dengan kelas ICT boleh dikatakan pada ketika itu adalah sifar. Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini apatah lagi menggunkan internet. Sebelum beliau mempelajari ICT di pusat Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Selepas penglibatan dengan pusat internet beliau mula menjadikan internet sebagai platform untuk beliau berniaga. Beliau mula mencari resepi-resepi masakan dan mencari idea produk yang boleh dijadikan jualan Beliau juga mula mempromosi dan meletakan produk beliau di platform facebook, whatapp dan my shop. Kaedah ini sedikit sebanyak membantu beliau meluaskan lagi produk yang beliau jual yang mana tidak tertumpu |
Nama | : EN. MOHAMAD AIMANUDDIN BIN ZAINI |
Umur | : 30 Tahun |
Ahli | : 17 Januari 2014 |
Latar belakang
Kami memilih encik Mohammad Aimanuddin Bin Zaini sebagai Usahawan Online 2 Q2 2020 Pi Simpang Sepayang. Namun anak kelahiran Johor Bahru ini dibesarkan di kg. Janglau Rompin Pahang di alamat NO 16 Jalan Janglau, 4, 26800 Kuala Rompin. Beliau telah bekahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Mohammad Aimanuddin atau lebih dikenali sebagai Aiman mula mendaftar dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet sejak tahun 2014. Antara perkhidmatan yang sering digunakan ialah melayari internet, Photostat dan membuat pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah dan gula. Taraf pendidikan tertinggi beliau ialah pada peringkat SPM diKolej Vokasional dalam bidang kimpalan. Beliau pernah menyambung pelajaran Peringkat Sijil di politeknik namun atas masalah keluarga beliau tidak dapat menamatkan pelajaran beliau. Sebelum ini beliau bekerja di sebuah syarikat petronas di Johor bahru selama hampir 5 tahun. Pada masa yang sama beliau mencuba nasib menyediakan perkhidmatan grab untuk menambah punca pendapatan beliau. Selepas bekerluarga beliau berpindah ke daerah lain di johor bahru dan bekerja sebagai pemandu merangkap pembantu peribadi di sebuah syarikat di Johor sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Memandangkan beliau pernah belajar di peringkat sijil dalam bidang mekanik, penggunaan komputer pada beliau tidak asing lagi. Boleh dikatakan taraf pengetahuan tentang ICT beliau pada ketika itu sederhana mahir. Awal penglibatan beliau di PI sejak tahun 2014 bagi menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari kerjaan kosong dengan melayari internet dan membuat resume di Pusat Internet dengan bantuan petugas di situ. Sebelum penglibatan bersama Pusat internet, punca pendapatan beliau sepenuhnya dengan makan gaji di syarikat petronas di johor bahru.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Namun selepas penglibatan dengan bengkel pertama iaitu e-rezeki anjuran pusat internet beliau mencari pendapatan tambahan dengan membuat perkhidmatan grab di sekitar Johor bahru. Kemudian beliau berumah tangga dan mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual pakaian kanak-kanak. Sekali lagi beliau mengikuti bengkel keusahawanan dan media sosial untuk memperluaskan lagi jualan beliau. Selepas mencipta page sendiri di facebook iaitu Alisy Baby Collection dan memuatnaik produk-produk beliau, berlaku peningkatan yang memberansangkan dari segi jualan dan promosi jualan lebih meluas. Kemudian beliau telah mengikuti bengkel perniagaan atas talian iaitu platform shopee untuk memperluaskan lagi jualan produk memandangkan beliau telah mula mempelbagaikan perkhidmatan jualan beliau yang mana tidak tertumpu pada pakai kanak-kanak tetapi beliau juga menjadi agen rempah perapan, rempah ayam madu, aiskrim goyang dan keropok lekor.
BELAJAR KELAS ICT
Nama | : PN. HANIM AFZAN BT ABD RAHIM |
Umur | : 41 Tahun |
Ahli | : September 2017 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q2 2020 kali ini kami memilih Puan Hanim Afzanbinti abd Rahim. Lahir pada 26 Februari 1979 di Mersing dan kini berumur 41 Tahun. Beliau dibesarkan di Kuala Rompin Pahang dan mula menetap di Kampung simpang semenjak berkahwin iaitu pada tahun 2008 Di alamat F20 Kampung Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin Pahang Darul Makmur..Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa.Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah menengah Kebangsaan Kuala Rompin. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Sebelum berjinak dengan program yang dianjurkan di pusat internet beliau hanyasekadar menghantar anak-anak beliau ke Pusat internet untuk menggunkan kemudahan yang disediakan di pusat internet. Tidak pernah tergerak hati untuk melangkah masuk ke dalam pusat internet sehinggalah di sapa oleh salah seorang dari petugas pusat internet untuk terlibat bersama dalam menjayakan beberapa program-program yang dianjurkan. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Selepas terlibat dengan bengkel dan kelas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet, jika sebelum ini beliau tidak pernah menggunakan komputer malah menggerakkan tetikus pun tidak pernah,, kini banyak perubahan dalam ilmu ICT beliau pelajari. Antaranya beliau semakin mahir menjelajah komputer dan internet. Beliau mula bijak mencari bahan bacaan seperti resepi masakan dan pengetahuan am di dalam internet. Melalui internet |