BELAJAR KELAS ICT / USAHAWAN
Nama | : ASNI BT RIDUAN |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q3 2017, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang yang mana beliau merupakan anakjati Kg SimpangSepayang. Asni bt Riduan atau lebih dikenali dengan panggilan Asni telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010, dan kelas lanjutan ialah Internet dan e-mel, Microsoft Publisher, kelas keusahawanan, kelas dashboard My Shop,dan Kelas membuat Proposal (kertas Kerja).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Asni merupakan peniaga warung makanan dan juga menjual pelbagai jenis produk untuk menambah pendapatan keluarga. Sering berkunjung ke pusat internet dan menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Hanya menjual produk menggunakan platform Facebook sahaja selain jualan secara “tidak langsung” Offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam ilmu keusahawanan dan bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan/produk beliau menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI1M telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram. Beliau juga telah mempelajari cara untuk membuat poster perniagaan, kad perniagaan dan pelbagai asas Microsoft Office untuk memahirkan lagi ilmu yang sedia ada. Beliau kini telah bekerja sebagai Penyelia Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Kg Simpang Sepayang.
BELAJAR KELAS ICT / USAHAWAN
Nama | : NUR ATIKAH BT SAIDIN |
Umur | : 25 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q3 2017, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang yang mana beliau merupakan anakjati Kg SimpangSepayang. Nur Atikah binti Saidin atau lebih dikenali dengan panggilan Atie telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010, dan kelas lanjutan ialah Internet dan e-mel, Microsoft Publisher, kelas keusahawanan, kelas dashboard My Shop,dan Kelas membuat Proposal (kertas Kerja).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Atie telah bekerja membantu kedai makan milik keluarga. Selain itu, beliau juga telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan selain mengambil “part time” untuk tempahan perkhidmatan melukis inai kepada sesiapa sahaja yang mahukan perkhidmatan tersebut. Tetapi beliau merasakan ada kekurangan dalam ilmu untuk meluaskan perniagaan beliau. Oleh yang demikian, beliau telah datang dan menjadi ahli PI1M Kg Simpang Sepayang serta mengikuti kelas-kelas dan program yang dianjurkan oleh pihak PI1M.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam ilmu keusahawanan dan bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan/produk beliau menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI1M telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram. Beliau juga telah mempelajari cara untuk membuat poster perniagaan, kad perniagaan dan pelbagai asas Microsoft Office untuk memahirkan lagi ilmu yang sedia ada.
BELAJAR KELAS ICT / USAHAWAN
Nama | : SITI ZUBAIDAH BT ISHAK |
Umur | : 29 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010, Ms Publisher 2010, dan kelas lanjutan ialah Internet, e-mel, kelas keusahawanan dan kelas dashboard.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Siti sering datang ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh pusat internet tetapi beliau belum pernah mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di sini. Beliau memerlukan sijil latihan komputer untuk memohon pekerjaan. Oleh yang demikian, beliau mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mengikuti kelas ICT di pusat internet, beliau semakin mahir untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang terkandung dalam setiap aplikasi tersebut mengikut modul yang telah diberikan oleh pihak PI1M. selian memahirkan lagi kepantasan beliau untuk menaip menggunakan format yang telah disediakan. Siti telah berjaya menghabiskan kesemu modul yang diberikan dan sijil tamat juga telah diberikan. Kelas lanjutan sahaja masih diberikan jika beliau ingin meneruskannya.
KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA (JAN-MAC)
KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA (CELIK IT)
KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA (USAHAWAN ONLINE 1)
KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA (USAHAWAN ONLINE 2)
KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KETIGA (CELIK IT)
KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KETIGA (USAHAWAN ONLINE 1)
KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KETIGA (USAHAWAN ONLINE 2)
KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEEMPAT (CELIK IT)