BELAJAR KELAS USAHAWAN

Nama : SANIAH BT AMIR
Umur : 38 tahun
Ahli : 2013

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q1 2018, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Saniah binti Amir atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Sal. Beliau sering mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet. Selain itu, antara kelas yang pernah diikuti oleh beliau ialah kelas keusahawanan (E-rezeki), kelas dashboard Komuniti (My Shop) dan kelas membuat emel dan Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kak Sal merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Sebelum ini beliau hanya menggunakan telefon untuk berkomunikasi dan kurang mahir dalam mengendalikan perkara yang berkaitan dengan ICT dan hanya dengan bantuan anak beliau. Beliau juga hanya menjual barangan ssecara Offline dan tidak mahir untuk menjual secara Online. Kedatangan kak Sal untuk belajar amat digalakkan oleh petugas pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penglibatan Kak Sal dengan program-program yang dianjurkan oleh pihak PI1M Kg Simpang Sepayang sedikit sebanyak telah memahirkan beliau. Selain itu, kak Sal juga menjual palbagai produk secara Online kerana beliau telah diajar cara untuk memasarkan produk secara online menggunakan Aplikasi Dashboard My Shop dan Facebook. Beliau turut mengikuti kelas e-rezeki yang mana beliau boleh menjana pendatan sampingan menggunakan platform yang disediakan.

    

BELAJAR KELAS ICT  

Nama : PN. SANIAH BT ABD HAMID
Umur : 62 tahun
Ahli : 2010

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q1 2018, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office 2010 Word, Excel, Internet, e-mel, Dashboard Komuniti dan kelas keusahawanan. Beliau masih lagi mengikuti kelas lanjutan serta program-program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet 1Malaysia Kg Simpang Sepayang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Saniah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mana beliau banyak memiliki masa untuk melakukan pelbagai aktiviti. Telah mendaftar sejak tahun 2010 lagi. Puan Saniah ingin belajar dari peringkat permulaan sehingga habis semua modul yang telah ditetapkan.Beliau amat berminat untuk mengikuti kelas komputer dan hal ini telah membawa beliau datang ke pusat internet bersama dengan kawan-kawan. Kedatangan Puan Saniah untuk belajar amat digalakkan oleh petugas pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam pelbagai perkara antaranya kebolehan menaip dan ilmu keusahawanan. Beliau juga semakin celik it dalam menggunakan komputer dan semakin baik selepas terlibat dengan kelas ICT.

  

BELAJAR KELAS USAHAWAN

Nama : SAADIAH BT AHMAD
Umur : 55 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q4, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang iaitu Pn. Saadiah bt Ahmad. Pn. Saadiah merupakan seorang suri rumah yang aktif dalam aktiviti sosial kampung seperti kumpulan wanita, ketua kumpulan marhaban / yasin.  Pada 2016 yang lalu beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010 dan kelas usahawan E-rezeki, dashboard my shop, manakala kelas lanjutan ialah Internet dan e-mel.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pn. Saadiah ingin belajar asas komputer dan hanya tahu serba sedikit berkaitan dengan penggunaan ict hasil tunjuk ajar dari anak-anak. Kekangan masa kerana pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh beliau banyak menghalang beliau untuk datang ke pusat internet. Penglibatan secara tidak langsung apabila beliau dan sekumpulan wanita datang dan ingin belajar secara lebih praktikal di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Simpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir menaip petikan menggunakan perisian Microsoft office. Selain itu, beliau juga mengikuti kelas keusahawanan (e-rezeki) anjuran pusat internet dan juga kelas keusahawanan bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan/produk beliau menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI1M telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram. Beliau juga telah mempelajari cara untuk membuat sticker produk dan pelbagai asas Microsoft Office untuk memahirkan lagi ilmu yang sedia ada. Pn Saadiah kini mengeluarkan produk baru iaitu kuah rojak untuk psaran dan tempahan sekitar kampung.

  

   

BELAJAR KELAS ICT  

Nama : ASNI BINTI RIDUAN
Umur : 30 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q4, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010, Ms Publisher 2010, Internet, e-mel, Dashboard Komuniti dan kelas lanjutan ialah kelas keusahawanan (e-Rezeki).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Asni sering datang ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh pusat internet tetapi beliau belum pernah mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di sini. Beliau memerlukan sijil latihan komputer untuk memohon pekerjaan. Oleh yang demikian, beliau mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas ICT di pusat internet, beliau semakin mahir untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang terkandung dalam setiap aplikasi tersebut mengikut modul yang telah diberikan oleh pihak PI1M. selain memahirkan lagi kepantasan beliau untuk menaip menggunakan format yang telah disediakan. Asni telah berjaya menghabiskan kesemua modul yang diberikan dan sijil tamat juga telah diberikan. Kelas lanjutan sahaja masih diberikan jika beliau ingin meneruskannya.

 

 

 

 

BELAJAR KELAS USAHAWAN

Nama : SANIAH BT ABD HAMID
Umur : 61 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q4, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang yang mana beliau merupakan anakjati Kg Simpang Sepayang. Pn Saniah binti Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Saniah. Beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office Word, Excel, Power Point 2010, kelas keusahawanan, kelas dashboard My Shop dan kelas lanjutan ialah Internet dan e-mel serta E-rezeki.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Saniah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mana beliau banyak memiliki masa untuk melakukan pelbagai aktiviti. Beliau amat berminat untuk mengikuti kelas komputer dan hal ini telah membawa beliau datang ke pusat internet bersama dengan kawan-kawan. Kedatangan Puan Saniah untuk belajar amat digalakkan oleh petugas pusat internet. Telah mendaftar sejak tahun 2010 lagi. Puan Saniah ingin belajar dari peringkat permulaan sehingga habis semua modul yang telah ditetapkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam pelbagai perkara antaranya kebolehan menaip, ilmu keusahawanan dan bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan/produk beliau menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI1M telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop.