BELAJAR KELAS ICT
Nama | : MAISARAH BT HAMIN |
Umur | : 32 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2018, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang. Pn Maisarah atau lebih mesra dipanggi Kak Mai telah mengikuti kelas Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office 2010 Word, Excel, Power Point, Internet & e-Mel, Dashboard Komuniti dan kelas Keusahawanan. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Sebelum penggunaan/penglibatan Puan Maisarah, beliau merupakan salah seorang Guru Kafa Sekolah Agama. Sebelum ini beliau hanya tahu asas ICT dan tidak terlalu mahir di dalam penggunaan komputer. Sedikit masa yang terluang pada hujung minggu digunakan oleh beliau untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Puan Maisarah selalu mengikuti program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau berminat untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet kerana untuk menambahkan lagi pengetahuan dan memahirkan beliau dalam penggunaan Microsoft Office dan ilmu keusahawanan. Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam pelbagai perkara antaranya lebih pantas menaip, semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan ilmu keusahawanan. Beliau juga semakin celik it dalam menggunakan komputer dan semakin baik selepas terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet. |
Nama | : EN. MOHAMMAD AMERUDDIN BIN ABDULLAH |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 2009 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q2 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Simpang Sepayang iaitu saudara Mohammad Ameruddin bin Abdullah. Beliau telah mengikuti kelas keusahawanan di Pi1m Kg Simpang Sepayang bagi mempromosikan lagi produk yang dikeluarkan oleh beliau. Selain itu, beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan E-rezeki dan dashboard (my shop). Antara produk keluaran dari syarikat beliau ialah membekal dan menjual cendawan segar, menternak dan menjual madu kelulut asli, proses pelbagai produk hiliran, pusat lawatan dan rujukan.serta pelbagai lagi secara online dan offline.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan saudara Amer dengan kelas keusahawanan di pusat internet, beliau ada serba sedikit kemahiran asas komputer dan penggunaan ict. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg Simpang Sepayang untuk belajar pemasaran online secara lebih serius bagi memasarkan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir bagaimana untuk memasarkan produk/perkhidmatan secara atas talian menggunakan platform Facebook dan Dashboard My Shop. Selain itu, beliau juga mengikuti kelas keusahawanan (e-rezeki) anjuran pusat internet menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI1M telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram.
BELAJAR KELAS ICT
Nama | : ESAH BINTI ATAN |
Umur | : 51 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q2 2018, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI1M Kg Simpang Sepayang dan masih mengikuti kelas tersebut secara berperingkat di Pusat Internet Kg Simpang Sepayang. Antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office 2010 Word & Excel, Dashboard Komuniti dan kelas keusahawanan. Beliau masih lagi mengikuti kelas lanjutan Microsoft Office 2010 bagi memahirkan lagi penggunaan Microsoft office beliau. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Sebelum penggunaan/penglibatan Puan Esah atau dikenali sebagai Cik Esah, beliau merupakan salah seorang pekerja di Hospital Daerah Rompin. Sebelum ini beliau tidak pernah menggunakan komputer dan tiada sebarang kemahiran dalam penggunaan komputer. Oleh kerana pekerjaan beliau sekarang ini memerlukan kelayakan sijil komputer untuk beliau terus menyambung kontrak jadi beliau telah datang ke pusat internet untuk belajar sehingga berjaya memiliki sijil komputer. Beliau telah mendapat maklumat bahawa pusat internet 1malaysia ada menyediakan kelas komputer kepada semua peringkat umur melalui kenalan beliau. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Pada bulan Mac 2018, Cik Esah telah datang ke Pusat Internet 1Malaysia Kg Simpang Sepayang untuk mendaftar sebagai ahli PI1M Kg Simpang Sepayang dan telah mengikuti kelas Komputer. Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam pelbagai perkara antaranya kebolehan menaip, dan sedikit sebanyak tentang ilmu keusahawanan. Beliau juga semakin celik it dalam menggunakan komputer dan semakin baik selepas terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet. |
Nama | : SITI MASOHA BT R.AZMI |
Umur | : 24 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 Q2 2018, kami memilih salah seorang Ahli PI1M Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Masoha binti R.Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Wawa. Beliau sering mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet. Selain itu, antara kelas yang pernah diikuti oleh beliau ialah kelas asas ICT/Komputer,kelas keusahawanan (E-rezeki), dan kelas dashboard Komuniti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Wawa merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau hanya menjual pelbagai produk makanan dan kuih tradisional secara COD kepada penduduk sekitar Kampung Simpang Sepayang dan kawasan sekitarnya. Tempahan yang beliau ambil adalah melalui aplikasi WhatsApps. Tempahan yang beliau dappat kadangkala banyak dan ada masanya sedikit dan tidak menentu. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet 1Malaysia Kg Simpang Sepayang untuk belajar kelas komputer dari asas sehingga ke pemasaran produk beliau secara khusus. Kedatangan Wawa untuk belajar amat digalakkan oleh petugas pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Wawa telah datang ke PI1M Kg Simpang Sepayang untuk belajar kelas komputer yang mana beliau telah diajar dari asas sehingga ke bahagian usahawan. Antara yang beliau pelajari di PI1M ialah Microsoft Office 2010, Internet & E-mel, Latihan asas keusahawanan, Latihan E-rezeki, Dashboard Komuniti. Penglibatan Wawa dengan program-program yang dianjurkan oleh pihak PI1M Kg Simpang Sepayang juga telah memberikan kepada beliau satu pengalaman yang baru. Selain itu, wawa juga telah memasarkan produk beliau secara online menggunakan Aplikasi Dashboard My Shop dan Facebook. Beliau turut mengikuti kelas e-rezeki yang mana beliau boleh menjana pendatan sampingan menggunakan platform yang disediakan.
BELAJAR KELAS USAHAWAN
Nama | : SITI NUR JNAAH BT SEH ZAINUDDIN |
Umur | : 20 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 bagi Q1, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Simpang Sepayang iaitu Siti Nur Jannah Bt Seh Zainuddin atau dikenali dengan panggilan Jannah. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Office Word, Excel, Power Point, Ms Publisher 2010, Internet dan e-mel serta kelas keusahawanan E-rezeki dan dashboard (my shop). Beliau menjual pelbagai jenis coklat homemade & Dropship Dianz Vitamin, Queen of Mutiara, Nurraysa, Coway, & pelbagai lagi secara online dan offline untuk menambahkan pendapatan sampingan sementara beliau masih lagi mencari peluang pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan cik Jannah dengan kelas di pusat internet, beliau ada serba sedikit kemahiran asas komputer dan penggunaan ict. Oleh yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg Simpang Sepayang untuk belajar dengan lebih lanjut dan untuk mendapatkan sijil komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di PI1M Kg Simpang Sepayang banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office dan juga pelbagai perisian lain. Selain itu, beliau juga mengikuti kelas keusahawanan (e-rezeki) anjuran pusat internet dan juga kelas keusahawanan bagaimana untuk memasarkan perkhidmatan/produk beliau menggunakan pelbagai platform. Pihak petugas PI1M telah memperkenalkan kepada beliau tentang Aplikasi Dashboard Komuniti yang mana beliau boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memasarkan produk menggunakan My Shop selain Facebook dan Instagram. Beliau juga telah mempelajari cara untuk membuat sticker produk, flyer dan kad perniagaan menggunakan Microsoft Publisher.